Recent Updates RSS Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • adminpemuda 12:40 pm on February 8, 2010 Permalink | Reply
    Tags: , idris ahmad, pakatan rakyat pulau pinang   

    PAS Pertahan k’jaan Pakatan Pulau Pinang 

    sumber : Malaysiakini

    Peruntukan untuk hal-ehwal Islam yang disediakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi tahun ini adalah yang tertinggi pernah dinikmati oleh institusi Islam di negeri itu selama ini, kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.

    Menurutnya, pada 2008, peruntukan untuk hal-ehwal Islam oleh Kerajaan BN hanya RM12.5 juta.

    “Namun dalam pembentangan belanjawan tahun 2008 kerajaan Pakatan telah menambahnya kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

    “Pada pembentangan belanjawan 2009, peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010.

    “Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini yang bertajuk ‘Pulau Pinang Maju, umat Islam dan Melayu terbela di bawah Pakatan’.

    Di samping itu, katanya, kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

    Sehubungan itu, katanya, PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Pulau Pinang kerana berjaya menunjukan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.

    Idris mendakwa, walaupun BN cuba menggambarkan bahawa Pakatan tidak mampu mentadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat dapat melihat sendiri cekapnya pemerintahan di bawah Pakatan.

    “Pada 2007, kerajaan BN mensasarkan belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada Pakatan, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

    “Bagi belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta,” tambahnya.

    Kontraktor Melayu tak diabaikan

    Menurut Idris lagi, sepanjang pemerintahan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, kontraktor Melayu juga tidak diabaikan

    “Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.

    “Pada 2008, (seramai) 78 Kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu, telah menerima projek melalui sebut harga.

    “Satu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

    “Pada 2009, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja,” kata Idris.

    Pada tahun yang sama, tambahnya, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu 6 Syarikat.

    Menurutnya, peningkatan yang ketara ini membuktikan kerajaan Pakatan masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain.

    “Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.

    “Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam pilihanraya lalu,” tambahnya.

    Idris berkata, Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri.

    “PAS berharap akan kejayaan ini dapat diteruskan dan rakyat di negeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada Pakatan untuk penggal yang akan datang,” tambahnya.

     
  • adminpemuda 7:01 pm on February 4, 2010 Permalink | Reply
    Tags: dap, , , zahrain   

    KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT MENOLAK DASAR PERKAUMAN 

    Kenyataan Media

    Oleh Chow Kon Yeow, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan

    Dan Pengurusan Lalu Lintas Negeri Pulau Pinang

    Pada Rabu, 3 Februari 2010 Di Komtar, Pulau Pinang

    KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT MENOLAK DASAR PERKAUMAN

    DALAM ISU TINDAKAN PENGUATKUASAAN

    Baru baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Pulau Pinang dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Islam telah membuat kenyataan bahawa Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah menjadikan orang Melayu sebagai sasaran penguatkuasaan dan ditindas khususnya merobohkan gerai yang melibatkan orang Melayu.

    Pihak Kerajaan Negeri memandang serius dakwaan ini dan telah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Pejabat Daerah Timur Laut dan Pejabat Daerah Barat Daya untuk menyemak statistik supaya memastikan apakah dasar perkauman diamalkan dalam tindakan penguatkuasaan.

    (I)          PEJABAT DAERAH DAN TANAH TIMUR LAUT

    Tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan sepanjang Tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti berikut:

    Tahun

    Melayu Cina India Tidak Diketahui
    2008 3 2 1 2
    2009 4 3 2 4
    2010 2 0 0 0

    Kes kes ini diambil tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 yang berhubung dengan pencerobohan tanah seperti rizab pantai, rizab parit dan rizab jalan.

    Bagi Tahun 2008, tiga kes yang melibatkan orang Melayu adalah gerai dan struktur haram di atas simpanan jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong. Mereka sudahpun diperuntukkan gerai di Medan Selera berdekatan tetapi enggan memindah. Akhirnya operasi ditangguhkan.

    Bagi Tahun 2009, dua kes orang Melayu yang terlibat adalah pembinaan struktur tanpa permit di Batu Ferringhi, satu di atas tanah Kerajaan Bandar Jelutong dan satu di George Town.

    Bagi Tahun 2010, kes pertama adalah rumah atas pokok Do Re Mi. Pengusaha ditawarkan gerai alternatif oleh Pejabat Daerah di Bayu Senja, Batu Ferringhi tetapi enggan menerimanya.

    Satu kes lagi adalah gerai dan struktur haram 3N Ikan Bakar di atas tanah Kerajaan. Pengusaha telah ditempatkan di Medan Selera, Gelugor sebelum tindakan perobohan dimulakan.

    (II)         PEJABAT DAERAH DAN TANAH BARAT DAYA

    Tahun

    Melayu Cina India Tidak Diketahui
    2007 1 0 0 0
    2008 0 0 0 0
    2009 0 5 2 0

    Dalam dua tahun ini, tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap orang Melayu. Lima kes yang melibatkan orang Cina adalah berhubung dengan pembinaan bangsal dan kontena di mana pemilik bangunan telah merobohkan sendiri binaan selepas menerima notis.

    (III)       MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

    MPPP telah mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan beberapa Akta dan Undang Undang Kecil.

    (a)         Penjaja Tanpa Lesen (Bahagian Pelesenan) Rampasan Barang

    Tahun

    Melayu Cina India
    2006 84 58 16
    2007 65 35 11
    2008 132 110 17
    2009 152 84 17

    Tindakan yang diambil melibatkan rampasan barang barang jualan sahaja dan tidak melibatkan perobohan gerai.

    (b)         Tunggakan Sewa Premis/Perumahan Rakyat

    Tahun

    Melayu Cina India
    2009 23 3 2

    (c)         Halangan Di Tempat Awam (Bahagian Penguatkuasaan)

    Tahun

    Melayu Cina India
    2006 106 46 16
    2007 106 51 21
    2008 50 13 12
    2009 38 21 15

    Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan tindakan mengalihkan kerusi, meja dan lain lain barang yang di tempat awam seperti tepi jalan, ruang awam, kaki lima dan lain lain.

    Statistik menunjukkan bilangan kes yang melibatkan orang Melayu adalah lebih tinggi pada zaman pemerintahan Barisan Nasional.

    (d)         Kacau Ganggu – Lembu Berkeliaran Di Tempat Awam

    Tahun

    Melayu Cina India
    2006 3 1 26
    2007 3 1 13
    2008 4 0 14
    2009 6 0 8

    (e)         Jabatan Bangunan Di Bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan, 1974

    Tahun

    Melayu Cina India
    2008 1 16 1
    2009 9 40 5

    (f)          Notis Keluar – Kegagalan Membayar Tunggakan Sewa/Premis MPPP

    Tahun

    Melayu Cina India
    2008 219 103
     
  • adminpemuda 6:17 pm on January 26, 2010 Permalink | Reply
    Tags: , pemuda pas kawasan permatang pauh   

    Pelancaran JOM USRAH Peringkat Kawasan Permatang Pauh 

    Program Perlancaran “JOM USRAH” yang telah diadakan pada Ahad,24/01/2010 yang lalu telah disempurnakan oleh Ustaz Roshidi selaku Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Pulau Pinang merangkap Ketua Lajnah Tarbiyah Negeri. Ianya mendapat sambutan panas daripada ahli-ahli PAS di Kawasan Permatang Pauh.

    Penyertaan sekitar 80 orang tersebut menunjukkan bahawa ahli-ahli sangat peka akan kepentingan usrah sebagai bekalan dalam perjuangan Islam, Dakwah dan Jihad. PAS sebagai sebuah gerakan Islam amat mementingkan aspek tarbiyah ahli-ahlinya dan salah satu medium tarbiyah adalah ‘usrah’. Al-Fadhil Ustaz Roshidi mengingatkan para hadirin dikalangan muslimin dan muslimat PAS agar menitikberatkan agenda usrah ini supaya perkataan ‘usrah’ merupakan perkataan yang senantiasa meniti dibibir ahli-ahli kita.

    Kita tidak mahu ahli-ahli yang hanya panas apabila berbicara tentang politik tetapi sejuk dan hambar apabila berbicara tentang tarbiyah dan usrah. Semoga dengan pelancaran program ‘JOM USRAH’ ini, ahli-ahli kita akan terus bersemangat untuk menyemarakkan usrah yang sudah sememangnya menjadi darah daging dalam perjuangan Islam bagi ahli-ahli PAS di Permatang Pauh. Nampak gayanya para peserta begitu bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk kembali ke cawangan masing-masing dan memanaskan suasana perjuangan dengan usrah.

     Jom usrah ngan ana! Sesapa yang takde usrah lg dan teringin nak ber’usrah’ bolehlah menghubungi ketua-ketua pemuda cawangan masing-masing ya!

     
  • adminpemuda 4:09 pm on January 24, 2010 Permalink | Reply
    Tags: , dapsy penang, pemuda pakatan rakyat, pemuda pakatan rakyat pulau pinang, pemuda pas penang   

    Majlis Permuafakatan Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang 

    Bergambar beramai-ramai

    Pada 23 Januari 2010 pada jam 3.00 petang bertempat di tingkat 2 Wisma Majlis Perbandaran Seberang Prai telah berlangsung satu pertemuan yang bersejarah di antara DAPSY, AMK dan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.  YB Rayer,  Amir Ghazali, Ust Yusni Md Piah mengetuai exco-exco  DAPSY,AMK & DPP Pulau Pinang dlm bermusyawarah ini.

    Majlis dimulakan dengan ucapan dari YB Rayer, Amir Ghazali dan Ust Yusni bagi mewakili pergerakan pemuda masing-masing. Aturcara disambung dengan ucapan untuk memperkenalkan sayap pemuda masing-masing. DAPSY diwakili oleh Setiausahanya saudara Wei Aik, AMK diwakili oleh saudara Syed Mikael, Setiausaha AMKPP manakala Dewan Pemuda PAS diwakili oleh saudara Mohd Helmi, Timbalan Ketua Pemuda Pemuda PAS Pulau Pinang.

    Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai dari barisan exco dari ketiga-tiga sayap pemuda dan diikuti dengan sidang akhbar. Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang berharap agar majlis pada hari ini akan dapat mengeratkan lagi kerjasama di antara pemuda pakatan rakyat dan memantapkan lagi gerak kerja pada masa-masa yang akan datang.

     

     
  • adminpemuda 11:26 pm on January 23, 2010 Permalink | Reply
    Tags: dacs, , tuning engine   

    Bersama Pak Bakar Pakar Tuning Engine 

    Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau menjemput seluruh tuan/puan untuk hadir ke program ” Bersama Pak Bakar Pakar Tuning Engine”. Jangan biarkan kereta anda dalam keadaan kritikal, datanglah keprogram tuning ini untuk merawat . Turut disediakan pertunjukkan drift. Datanglah beramai-ramai

     
    • Muhammad imriil 1:27 am on January 28, 2010 Permalink | Reply

      Buat kat Bayan Lepas plak nanti…Hidup Pak Bakar…

  • adminpemuda 5:53 pm on January 20, 2010 Permalink | Reply
    Tags:   

    Pertemuan Silaturahim Pemuda PAS Penang Bersama AMK Penang 

     

    Barisan Exco DPPNPP bersama Exco AMK PP

    Pada 19 Januari 2010 bertempat di Pongsu 1000, pihak Angkatan Muda Keadilan telah mengadakan lawatan muhibbah ke Markaz Pemuda PAS Pulau Pinang di Pongsu 1000. Rombongan dari AMK itu seramai 6 orang exco negerinya yang diketuai oleh Saudara Amir Ghazali bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara AMK Pulau Pinang dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPN PP).

    Rombongan AMK tersebut telah disambut oleh 10 orang Exco DPPNPP yang diketuai oleh Ustaz Yusni Mat Piah, Ketua DPPNPP. Dalam ucapan alu-aluannya, Ustaz Yusni meraikan kedatangan AMK ke rumah atau markaz pemuda. Beliau juga berharap kedua-dua belah pihak dapat meningkatkan komitmen untuk mempertahankan Pulau Pinang di tangan Pakatan Rakyat dan seterusnya melenyapkan Barisan Nasional dari peta politik tanah air.

    AMK melalui setiausahanya, saudara Mikail pula mengatakan AMK sebagai adik kepada pemuda PAS dalam persada politik tanah air akan bertindak sebagai complimentary kepada pemuda PAS itu sendiri. Beliau juga telah membentangkan visi dan misi AMK Pulau Pinang dalam pertemuan tersebut.

    Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk hadir dalam pertemuan dengan pihak DAPSY Penang pada 23 Januari ini.Kedua-dua belah pihak juga telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama di peringkat pemuda negeri dan pemuda kawasan dan cabang. Melalui pertemua itu juga kedua-dua belah pihak terlah bersetuju untuk mengadakan program-program bersama pada masa-masa akan datang.

     
  • adminpemuda 10:56 am on January 16, 2010 Permalink | Reply
    Tags: Kerajaan Pulau Pinang, Pas Pulau Pinang   

    Pulau Pinang tambah peruntukan Hal Ehwal Agama Islam 

    oleh : Mohd Sabri Said (Harakahdaily)

    GEORGETOWN, 15 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat negeri menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2010 berjumlah RM24.3 juta berbanding tahun lalu sebanyak RM20.5 juta. Menurut beliau, peruntukan tahun lalu pun melebihi apa yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) berikan iaitu hanya RM 12.5 juta sahaja. “Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dilihat apabila menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam iaitu meliputi peruntukan pembangunan sebanyak RM7.2 juta, peruntukan mengurus RM13.4 juta dan sebagainya RM3.7 juta, ” tegasnya pada Majlis Perlantikan Majlis Syura Kerajaan Negeri, di sini, pagi ini. Pada majlis itu, lapan orang wakil PAS Negeri dilantik menggangotai majlis itu yang diletakan di bawah kelolaan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim.

    Mereka yang menerima watikah perlantikan daripada Guan Eng ialah dua orang Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Taqiudin Hamzah dan Rosidi Husain, Yang Dipertua PAS Kawasan Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man, bekas Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Mazani Abdullah, Ketua dan Setiausaha Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Soid Mohd Amin dan Ustaz Suhaimi Abdullah, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri dan kawasan Bayan Baru , Ustazah Rahmah Md Isa dan Puan Asnah Hashim.

    Turut dilantik ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Hashim Haji Yahya, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Elias Zakaria, Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang, Dato’ Haji Mustaffa Kasim, Fellow Kanan Akademi Kolej Univesiti Antarabangsa Selangor (KUIS), Prof Madya Univesiti Tun Husein Onn, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Pakar Motivasi, Dr Danial Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Haji Rhafoor Haji Mahmood, Profesor USM, Prof Kamarulazizi Ibrahim. Majlis tersebut turut dihadiri olehe Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Hassan Haji Ahmad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Hussein

     
  • adminpemuda 12:31 pm on January 13, 2010 Permalink | Reply
    Tags: mukhayyam pemuda pulau pinang   

    Mukhayyam Pemuda P.Pinang 09: Hari Terakhir: Kuliah Subuh Berjemaah, Muhasabah, & Kembara Mujahid 

    Selepas solat subuh, kami sama-sama mendengar kuliah yang disampaikan secara bergilir-gilir dari para exco pemuda & ketua-ketua pemuda yang menjadi peserta mukhayam. Walaupun setiap seorang cuma menyampaikan tazkirah pendek, ternyata banyak ilmu & pengajaran baru yang kami timba dari tazkirah beramai-ramai itu. Ustaz Afnan kemudiannya menyimpulkan isi tazkirah yang telah disampaikan.

    Kami kemudiannya membuat sesi taaruf sekali lagi, kali ini dikehendaki menyatakan siapa yang paling diingati ketika itu. Alhamdulillah, di sini kami dapat mengenali lebih dekat akan keunikan sahabat-sahabat yang selama ini tidak diketahui.Ada yang mengharukan, ada yang lawak, ada yang bersemangat, yang takde perasaan pun ada.

    Sesi selepas itu adalah sesi muhasabah program yang terpaksa diawalkan kerana ada sahabat-sahabat yang terpaksa pulang awal hari itu. Antara lain peserta memberikan respon masing-masing kepada program, antaranya cadangan & post mortem untuk penambahbaikan di masa akan datang.

    Antara lain ialah kata-kata Sdr. Faris yang bersyukur kerana di program ini kami sama-sama dapat belajar menundukkan nafsu contohnya nafsu makan dll. Juga disarankan kita supaya biasakan diri dengan keadaan susah supaya senang kalau nak dipanggil untuk berjihad.

    Juga ada sahabat yang menyarankan agar mempraktikkan amalan yang dapat mengeratkan ukhuwah sepeti menyuap makan kepada sahabat terlebih dahulu sebelum diri sendiri, & cara yang terbaik adalah dengan memulakannya di dalam keluarga sendiri. Juga ada yang mengambil iktibar dari para penceramah yang sanggup datang dari tempat yang sangat jauh untuk memberi pengisian sedangkan ramai orang muda seperti kita yang selalu fikir untuk memberi alasan. Soalan yang ditujukan kepada kami semua pagi itu; adakah kita mampu merekacipta alasan/ menipu bila berdepan dengan Allah?

    Ustaz Afnan

    Para urusetia terdiri dari Ust. Redzuan, Ust. Imran, Ust. Shafirol & Ust. Afnan pula menjelaskan rasional & pengajaran kepada apa yang telah dirancangkan selain memberikan kami ingatan-ingatan berguna. Antaranya pentingnya bagi ahli jemaah untuk memahami konsep wala’. Selain itu pentingnya untuk percaya kepada diri sendiri/yakin jika diuji seandainya berada di pihak yang benar.

    Sesi terakhir ialah kembara mujahid a.k.a. jungle tracking yang diselang seli dengan tazkirah berguna. Ustaz Afnan yang mengetuai kembara ini meminta kami memberi tazkirah di 3 check points yang kami lalui. Tazkirah pula disampaikan dalam bahasa Melayu, Arab & Inggeris. Selain dari menghargai kebesaran Allah, kembara ini juga menonjolkan sifat ukhuwah & keprihatinan yang tinggi di kalangan ahli.

    Apa-apapun, terimakasih semua, urusetia & peserta. Moga semua mendapat faedahnya, moga amal kita diterima Allah, amin ya Robbil alamin.

    Apa yang penting? Kerjasama…

    Penghulu Mukhayam bersama pemegang panji-panji; Farouk ‘Hanzalah’

    Bukan senang nak tegok Ust. Afnan bagi tazkirah sambil pakai topi koboi ni…


    Bro. Azman sedang memberikan tazkirah dengan gaya tersendiri…

     
  • adminpemuda 11:18 am on January 13, 2010 Permalink | Reply
    Tags:   

    Krisis di K’tan gagal gugat Nik Aziz: Penganalisis 

    oleh : Malaysiakini

    Walaupun diasak hebat dengan pelbagai tuduhan penyelewengan dan nepotisme, tanggapan rakyat terhadap PAS Kelantan dan menteri besarnya Datuk Nik Aziz Nik Mat tetap tidak berubah, kata penganalisis politik.

    “Biar dalam PAS sendiri berpecah, tetapi imej kerajaan Kelantan tidak terjejas. Rakyat (negeri itu) takut bahawa ini semua mainan media. Rakyat tidak berasa beliau (Nik Aziz) bersalah,” kata Prof Dr Mohd Agus Yusoff, seorang pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia.

    “Ia tidak memberikan kesan besar jika hendak dibandingkan dengan penyelewengan lain (dalam negara) yang lebih besar. Dakwaan seperti Nik Aziz menerima kek bernilai RM500 ini akhirnya jadi bahan lawak sahaja.”

    Sementara ahli akademik di Universiti Malaya Dr Abu Hassan Hasbullah pula berkata, asakan demi asakan terhadap kerajaan Kelantan memberikan kesan yang luar biasa terhadap kepercayaan politik orang ramai kepada Nik Aziz.

    Penceramah popular itu berkata, data terkini menunjukkan, sokongan terhadap kerajaan Kelantan meningkat sebanyak 8 hingga 12 peratus (kepada 73.6 peratus) pada November lalu berbanding hanya 5 hingga 8 peratus (63 peratus) sebelum pilihan raya umum dua tahun lalu.

    “Sesetengah media tidak mempunyai data ini dan menunjukkan bahawa sokongan terhadap kerajaan Kelantan merosot.

    “Mereka lupa, krisis adalah bisnes, bisnes adalah (tentang) tumpuan (masyarakat),” katanya, seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Media.

    Dr Mohd Agus dan Dr Abu Hassan diminta mengulas asakan konsisten terhadap kepemimpinan Nik Aziz, terbaru apabila beliau didakwa menerima hadiah kek bernilai RM500 daripada menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman, yang menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

    Sejak beberapa bulan lalu, Nik Aziz dihimpit dengan pelbagai isu, antaranya melibatkan isu tajaan hajinya daripada seorang ahli perniagaan, pengaruh ahli keluarganya dalam pertadbiran kerajaan negeri dan desakan agar beliau menyediakan pelan peralihan jawatannya.

    Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, kedua-dua ahli akademik tersebut berpendapat, sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat, Nik Aziz dan PAS dapat mengekalkan penguasaan mereka di negeri yang telah ditadbir selama 20 tahun itu.

    “Kalau buat pilihan raya sekarang pun PAS menang lagi. Sukar untuk Umno menang biarpun Nik Aziz dibebani dengan pelbagai isu.

    “Semua ini akhirnya akan mati sendiri. Tunggu masa sahaja,” kata Dr Mohd Agus.

     
  • adminpemuda 9:52 pm on December 17, 2009 Permalink | Reply
    Tags: bola sepak, malaysia   

    Kejayaan Malaysia Persis Kejayaan Itali 

    Tahniah Malaysia. Kejayaan Seakan Itali 2006.

    Pada tahun 2006 pasukan bolasepak Itali ke Piala Dunia di Jerman dengan seribu satu masalah. Dengan dipalit skandal rasuah, mereka tidak diletakkan harapan langsung untuk menang di Piala Dunia. Tetapi mereka berjaya membalas balik kritikan pengkritik dengan memenangi Piala Dunia 2006.

    Pasukan Malaysia bertolak ke Sukan Sea Laos dengan tidak diberikan apa-apa harapan, walaupun untuk hanya mara ke separuh akhir. Tetapi dengan kebangkitan dramatic pasukan Negara khususnya apabila menewaskan Thailand pada saat-saat akhir sungguh membanggakan. Kejayaan menewaskan Vietnam telah menutup mulut pengkritik dan juga menjatuhkan ego pasukan dan jurulatih Vietnam.

    Viva Malaysia, tahniah Malaysia daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

    Malaysia Boleh!

     
c
compose new post
j
next post/next comment
k
previous post/previous comment
r
reply
e
edit
o
show/hide comments
t
go to top
l
go to login
h
show/hide help
esc
cancel