UMNO Main Batu Sembunyi Tangan
Semasa Majlis Perasmian Projek Bagan 29-Jalan Siram, satu bantahan telah diadakan oleh beberapa individu. Empat dari ahli kumpulan bantahan itu telah ditahan polis.
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang turut hadir dan membawa dua isu kepada perhatian Ketua Menteri Lim Guan Eng, i.e. bantahan jalan baru itu dan juga isu Utusan Malaysia.
Sekumpulan pemberita yang tidak ada di majlis perasmian pada pagi itu telah meminta KM Lim berulas tentang peristiwa pada sebelah petang semasa mereka berjumpa dengan beliau di Sudut Pidato.
UMNO Pulau Pinang Mengelupur lagi..
Mereka menyerbu tanpa mempedulikan apa itu protocol hanya untuk bersemuka dan bertanya kepada Ketua Menteri kenapa hendak ditukarkan agama rasmi Negara ini dari agama Islam kepada Kristian?

Banner Provokasi Anak Melayu Pulau Pinang yang dipimpin oleh seorang Mamak. kalau korang klik kat gambar untuk imej yang lebih jelas, korang akan nampak mereka inilah pengkhianat kepada UMNO kerana mereka Ahli UMNO yang mengundi PR.. kliklah..

Guan Eng diserbu oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin
Jawab Guan Eng kepada mereka.. “itu Utusan yang kata, tanyalah utusan kenapa tanya beliau.”
Adakah benar mereka itu masih memperjuangkan Bangsa dan Agama? Sedangkan Tun Mahathir sendiri telah berkata “Orang Melayu sekarang nampak pemimpin Umno mengejar harta, kontrak dan AP (permit yang diluluskan, bukan lagi untuk bangsa, agama dan negara,” sepenuhnya di SINI

Jelas Pemuda UMNO Pulau Pinang kini kekurangan anak Melayu yang layak sebagai pemimpin hingga terpaksa melantik Anak Mamak..
Ini adalah jalan alternative yang menyebabkan UMNO Pulau Pinang dan sekutunya kehilangan satu lagi isu untuk dimainkan..
Kerana sebelum PRU12 yang lalu, DAP dan PR pernah menjanjikan tol di Sungai Nyior akan dimansuhkan jika PR berjaya menguasai Pulau Pinang.
Bagimanapun tindakan itu tidak dapat dilaksanakan kerana Lebuh Raya Butterworth – Kulim itu terletak dibawah bidang kuasa Kerajaan Pusat oleh kerana itu kerajaan PR Pulau Pinang sering dikatakan cakap tak serupa bikin oleh pencacai UMNO..
Sekarang pencacai-pencacai UMNO itu telah kehilangan satu lagi isu… maka mengelupurlah lagi mereka kali ini..

Hero hero Pemuda UMNO

Shaik Hussein Mydin dengan sidang akhbarnya..

Salah seorang dari AJK Pemuda UMNO Bahagian Bagan yang ditahan untuk soal siasat..


