Polis: Jangan percaya khabar angin acara bakar Bible

ibrahim ali

Gambar Hiasan

Polis Pulau Pinang menggesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin kononnya ada acara membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth Ahad ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata berikutan isu itu polis menerima laporan seorang paderi menemui risalah bertulis ‘jom bakar…pesta bakar bible melayu demi masa depan cucu kita’ yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja 20 Jan lepas.

“Kita minta jangan ada pihak yang percaya dan mensensasikan isu ini kerana ia boleh mengugat ketenteraman awam dan mengundang perpecahan masyarakat,” katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur dan peserta perhimpunan itu sekiranya benar-benar diadakan.

Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebut perkataan berniat melukakan perasaan agama seseorang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengenai isu pengedaran Bible kepada pelajar Islam di hadapan sebuah sekolah di Jelutong Khamis lepas, Abdul Rahim berkata polis telahpun merekodkan keterangan 17 individu.

“Kertas siasatan telah lengkap dan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata siasatan polis mendapati kesemua Bible itu dicetak dalam bahasa Inggeris dan tidak mempunyai sebarang kalimah Allah.

“Setakat ini polis menerima tujuh laporan mengenai isu itu, iaitu empat daripada pelajar dan selebihnya daripada orang awam,” katanya.

- Bernama

About these ads

Posted on January 24, 2013, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,651 other followers

%d bloggers like this: