Mat Taib : UMNO Gagal , Terpaksa Import PERKASA

Kewujudan kumpulan pendesak seperti PERKASA menunjukkan bahawa Umno telah gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada orang Melayu, kata bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri  Muhammad Muhd Taib.

Muhammad, yang menyertai PAS Isnin lalu berkata pada masa lalu, Umno tidak pernah memerlukan “samseng” untuk membantu perjuangannya dan parti itu telah menyimpang daripada perjuangannya.

Sekarang, tambahnya, Umno perlukan Datuk Seri Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan kumpulan-kumpulan pelampau untuk memberi tekanan.

Menurutnya, selepas 60 tahun, Umno sepatutnya mampu untuk mencapai sasaran 30 peratus ekuiti orang Melayu, meningkatkan tahap pendidikan (orang Melayu) kedudukan wanita.

Tetapi kini ia memerlukan kumpulan pendesak untuk melakukannya,” kata Muhamad di hadapan kira-kira 100 hadirin di majlis ceramah calon PKR Parlimen Batu, Tian Chua petang ini.

Muhammad berkata beliau tidak memahami logik meminta bantuan kumpulan pendesak sedangkan mendakwa mendapat sokongan daripada satu juta penjawat awam.

About these ads

Posted on April 28, 2013, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,670 other followers

%d bloggers like this: