Ya, kami terbangkan pengundi ke Semenajung – Tengku Adnan

(Tengku Adnan mengaku mereka ini dibawa masuk oleh BN dengan sokongan rakan-rakan BN.  Adakah mereka rakyat Malaysia?)

PUTRAJAYA: Setiausaha Agong BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya benar.

Bernama melaporkan Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh “rakan-rakan BN.”

“Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang itu hanya pengundi berdaftar Malaysia,” kata Tengku Adnan.

Tengku Adnan juga menuduh Pakatan Rakyat sengaja membuat dakwaan bahawa sistem pilihanraya bermasalah untuk melemahkan demokrasi negara.

“Ia adalah satu kempen bagi memburuk-burukkan sistem pilihan raya menjelang pilihan raya. Pembangkang sedang menyediakan satu alasan bagi kekalahan mereka,” kata Tengku Adnan, yang merupakan penyandang kerusi parlimen Putrajaya yang kini dicabar calon PAS, Datuk Husam Musa.

Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penglibatan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang diragui dari Malaysia Timur ke Semenanjung.

Antara bukti yang diperoleh ialah bukti dokumen, foto berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.

Beliau menganggarkan sebanyak 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan sebelum 5 Mei ini.  Menurut Anwar lagi, penumpang pesawat merupakan warga asing berdasarkan siasatan PKR terhadap daftar penumpang yang diperolehi.

Sementara itu, PMO teleh menafikan dakwaan Anwar dalam satu kenyataan ringkas.

“Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bertungkus lumus memastikan bahawa sistem pilihan raya lebih kukuh daripada sebelum ini, dan pilihan raya adalah bebas dan adil,” kata seorang jurucakap kerajaan dalam laporan Bernama.


SPR telah ditekan hebat semenjak hari pengundian awal 30 April lalu setelah ramai yang mengadu dan laporan polis bahawa dakwat kekal yang digunakan tidak kekal pada jari dan kuku mereka.

SPR memberikan alasan bahawa terdapat pegawainya yang terlupa mengoncang botol dakwat kekal sebelum digunakan.

Keadaan itu memaksa SPR untuk membuat demonstrasi untuk membuktikan kepada wakil-wakil media bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jari pengundi memang tidak boleh dipadamkan.

Demonstrasi diketuai Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dan para pegawai SPR dengan melibatkan seorang petugas media tempatan dan disaksikan oleh rakan-rakan sejawatan mereka.

Petugas media yang dicalit dakwat kekal ternyata gagal untuk memadamkan kesan dakwat meskipun menggunakan beberapa bahan pencuci.

Namun, SPR tidak menjawab isu kegagalan para pegawainya untuk mengoncang botol dakwat setiap dua jam sekali selama 30 saat sebelum digunakan ketika pengundian awal hari itu.

sumber : Harakahdaily

About these ads

Posted on May 3, 2013, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,651 other followers

%d bloggers like this: