Chua SL angkuh, biarpun bersalah…

AKHIRNYA Chua Soi Lek telah membuat pengakuan berani dalam beberapa media massa arus perdana lewat 8 malam hari ini.

Pengakuan tersebut berhubung VCD adegan seks 21 yang disebarkan secara ‘percuma’ di Selatan tanah air lewat minggu lepas.

Pengakuan ini, KAMI percaya bukan datang daripada hati kecil Chua. Jika tiada desakan dari individu-individu berpengaruh dalam MCA, UMNO atau BN, tentu Chua akan terus mendiam diri.

Media masa arus perdana boleh dikatakan dikuasai oleh UMNO/BN melalui Media Prima. UMNO BN tentu boleh melakukan sesuatu jika mahu isu ini terus tenggelam dalam keamukan massa dewasa ini.

Takkan kerana artikel harakahdaily yang berjudul Engkau itu Chua Soi Lek? Jika ‘ya’, ini bermakna dominasi masa oleh harakahdaily patut menjadi kuasa politik baru dalam arena politik ‘kalam-kabut’ Malaysia.

Jika ‘ya’, tentu isu pita Altantuya, pita VK Linggam, Batu Buruk, Bersih, Hindraf, rahsuah, kepincangan SPR, pepecahan UMNO Perlis dan banyak lagi isu akan meletup-meletap di tingkat 4 Bangunan UMNO.

Semua media arus perdana akan ‘duduk’ semeja dan berwaca bagaimana untuk menyelamatkan status quo UMNO dan BN terutama dalam mendepani PRU12.

Desakan ini bukan datang daripada DSAI, ikon reformasi negara; atau Lim Kit Siang, Ketua Pembangkang di Parlimen; atau Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ‘AyatoLlah’ keramat dalam PAS. Desakan ini sebenarnya datang dari dalam.

‘Orang dalam’ yang mendesak isu ini sudah tentu AAB al-Koridori, Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN.

Pertimbangan pengkagum Asy-Syafie dan al-Ghazali ini sangat muda, sama ada untuk terus menangguh ‘biawak hidup’ yang bernama Chua Soi Lek, atau bahtera UMNO/BN yang ‘retak menunggu terbelah’.

Setidak-tidaknya terbelahnya UMNO/BN menjelang PRU12 dapat dilewatkan dengan mengurangkan liabiliti ‘biawak hidup’ dalam bahtera UMNO/BN.

Jika ini pertimbangan AAB al-Koridori, KAMI melihat PM sepatutnya turut mempertimbangkan beberapa ‘biawak hidup’ lain yang mampu menjadi liabiliti kepada UMNO/BN menjelang PRU12 tidak lama lagi.

PERTAMA, KJ @ Beruk yang tidak disukai bukan sahaja oleh aktivis pembangkang/NGO, malah ahli-ahli UMNO vateran sendiri disebabkan keceluparan beliau dalam beberapa isu yang melibatkan kepentingan Melayu/Nasional.

Kasihan AAB al-Koridori yang bagi saya sangat wara’, tiba-tiba terpaksa menerima liabiliti KJ yang tidak bersifat sepertinya.

KEDUA, Samy Vellu yang dilihat bukan sahaja tidak menunaikan tanggungjawab kebajikan kepada masyarakat minoriti India sehingga muncul HINDRAF, malah beliau terlibat dalam banyak skandal kewangan dalam JKR, isu ‘ketirisan’ dan kenaikan tol di beberapa lebuhraya ‘strategik’. Contoh, isu keretakkan 32 tiang daripada 33 tiang MRR2.

Kasihan AAB al-Koridori yang cuba menonjolkan good governence, tiba-tiba terpaksa diperbudak-budakkan oleh masyarakat dengan pelbagai label yang tidak munasabah.

KETIGA, Khir Toyo, Menteri Besar Selangor. Menteri yang sensasi dengan isu-isu ‘kecil’ seperti anugera pengapu kepada PBT yang tidak melaksanakan tanggungjawab, padahal isu setinggal dan kemelaratan umat Melayu di sana jauh lebih besar dan patut dicermati.

Kasihan AAB al-Koridori kerana terpaksa menjawab juga isu ‘penyapu’ sambil menggaru hidung ketika disoal (siasat) oleh bebeapa pihak media di Putrajaya beberapa bulan lalu.

KAMI kira banya lagi penama yang menjadi liabiliti AAB al-Koridori dan ‘biarlah rahsia’.

MCA khususnya Ong Ka Teng turut berdepan dengan tekanan. Pertama daripada masyarakat Cina khususnya yang menyokong MCA/BN.

Masyarakat Cina sangat peka terhadap isu-isu yang melibatkan kekeluargaan. Kalau kita masing ingat, beberapa tahun lalu, seorang MP MCA dalam Parlimen Malaysia pernah mendesak Kerajaan menghalang Pembantu Rumah dari kalangan kewarganegaraan China, Laos, Myanmar, Tibet dan beberapa negara yang juga didiami oleh bangsa Cina.

Bagi MP tersebut, kepincangan rumah tangga banyak disebabkan wujudnya ‘orang ke-3’ dalam rumah. Fenomena ini bukan mewakili MP Wanita tersebut sebenarnya, tetapi mewakili suara hati golongan ibu/wanita Cina.

Agak-agak kenyataan Chua Soi Lek malam ini bahawa hubungan sulit tersebut adalah hubungan peribadinya dengan teman wanitanya (bukan Isteri) boleh diterima oleh seluruh kaum wanita Cina/Malaysia?

Dari sudut lain, jika UMNO/BN tidak mendesak kenyataan terbuka Chua Soi Lek, mungkin liabiliti ‘biawah hidup’ ini turut ditanggung oleh BN/MCA/UMNO.

Kerana spekulasi dan VCD ‘panas’ tersebut terus dicetak kerana rakyat mahu tahu hebat atau tidak skill Chua?

Atau wujud pihak ketiga yang cuba mencuri ‘keruci’ Chua secara senyap-senyap menjelang PRU12?

Jika ‘ya’ tentu banyak lagi ‘silence actor’ akan mencetuskan pelbagai isu/perkara demi memastikan mereka boleh menguasai kerusi PRU12 melalui tiket BN, kerana mereka pasti menang majoriti kerana BN sangat relaven dengan masyarakat tuli di Malaysia. -AP

 

P/S : PAS yakin baik Melayu, Cina, India atau apa jua bangsa; kita sama-sama tidak suka pemimpin yang tidak bermoral. Bersekedudukan tanpa izi (zina) bukan budaya kita juga. PAS tolak kepemimpinan Chua Soi Lek tidak bermakna PAS menolak kepemimpinan negara dari kalangan masyarakat Cina. Jika Chua hari ini angkuh mengatakan bahawa beliau akan terus menjadi Menteri kerana PM suka padanya, takkan rakyat Malaysia tidak boleh angkuh berkata kita tolak kepemimpin BN/MCA kerana mereka menyokong pemimpin yang tidak bermoral. Berfikir dan bertindak….

Posted on January 1, 2008, in Semasa. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: