Sekarang Chua, selepas ini siapa?

SEMALAM Chua Soi Lek telah melepaskan jawatan-jawatan pentingnya dalam parti dan kerajaan. Jawatan-jawatan tersebut adalah Menteri Kesihatan Malaysia, Ahli Parlimen (MP) Labis, Naib Presiden MCA, Ketua Perhubungan MCA Johor, Ketua Bahagian Batu Pahat.

Tindak-tanduk ini menurut Chua demi mengurangkan beban. Lagipun Islam Hadhari menurut ijtihad Abang Dollah sendiri sudah tentu tidak mampu menerima individu seumpanya dalam Kerajaan.

Saya melihat Chua seharusnya dihormati kerana telah menunjukkan sikap jujur beliau terhadap perjuangan MCA/BN. Namun, pendirian Chua ini tidak seharusnya sampai pada tahap sanjung, dukung, sorak-sorai para penyokongnya di Labis.

Chua ketika ditanya tentang adakah beliau akan berkecimpung dalam bidang perniagaan (sebagaimana Lim Liong Sik), pendek sahaja jawapannya, “Saya tidak tahu berniada.”

Tindak-tanduk Chua ini sudah dalam ramalan saya. Badi Lim Liong Sik, Ab. Rahim Tamby Chik sudah melarat ke tubuhnya.

Kalau nak mengambil contoh skandal Bill Clinton, jauh sangat sebenarnya.

Namun, saya berfikir sikap Chua tidak akan berhenti di sini walaupun media massa suatu hari nanti akan berhenti memanipulasi isu ini.

Karear politik selama 24 tahun akhirnya musnah hanya dengan konspirasi pihak-pihak tertentu.

Nada awal Chua mula menyentuh isu rasuah oleh beberapa ‘individu’ high profil di peringkat negara.

Menurut Chua, jika VCD tersebut boleh dijadikan KPi tidak BERSIHnya diri beliau, mengapa isu RASUAH tidak dilihat dalam kacamata yang sama.

Imam besar Mazhab Islam Hadhari cukup tidak selesa mengulas isu Chua ini.

Perlu masa yang lama untuk berijtihad dan tidur. Ditelan mati emak, diluah mati ayah.

Chua peringkat awal ini sudah mula ‘menuduh secara rambang’. Ini sikap semulajadi politikus BN sebenarnya.

Konspirasi ke atasnya secara senyap dan tudingan ini mungkin mampu mengena sasaran.

Awas! Jangan melompat, jika terlibat.

Mari kita tunggu, siapa selepas Chua?

P/S : Sepatutnya Abang Dollah terus mengekalkan Chua dalam kabinet. Jika Chua dikekalkan, risiko paling tinggil yang BN depani mungkin hanya Chua gagal memang majoriti di Parlimen/Dun dalam PRU12 kelak disebabkan faktor peribadinya. Pengetepian Chua menjelang PRU12 lebih tinggi risikonya. Bimbang, Chua bukan lagi ‘Chua’. Musuh yang paling berbahaya adalah ‘musuh dalam selimut’.

Posted on January 3, 2008, in Semasa. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: