AL-FATIHAH

Jenazah Allahyarham Mohamad Saiful Anzani telah selamat dikebumikan selapas solat zohor di Masjid Permatang Janggus Permatang Pauh, dimana solat jenazah diimamkan sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ust Mohamed Hafiz Nordin dengan di makmumkan oleh sekalian sahabat seperjuangan kepimpinan negeri dan kawasan.

Allahyarham telah mengalami kemalangan sewaktu dalam perjalanan hendak mengiringi pimpinan PAS pusat yang sedang membantu dalam kempen di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Beliau mengalami kecederaaan serius di bahagian dada dimana tulang rusuk telah menikam sebahagian dari paru-parunya. Beliau koma 2 hari dan pada hari ini Khamis 28 Ogos 2007, beliau mehembuskan nafas yang terakhir meninggalkan kita semua yang berada dalam perjuangan ini.

Setiap kehidupan pasti akan mengalami kematian , itulah fitrah manusia dan kehidupan dimuka bumi ini , seperti sahabat Unit Amal kita ini, walaupun ana tak pernah jumpa dan kenal beliau ini, tetapi dengan semangat yang ditunjukan dalam setiap gerak kerja unit amal di peringakt kawasan dan negeri beliau akan ikuti dengan bersungguh-sungguh. Tetapi Allah SWT lebih sayangkan beliau, beliau dijemput semasa perjuangan sedang rancak ditengah medan. Semoga ruhnya digolongkan dengan hamba-hamba yang mendapat redha dan rahmat Allah SWT. Al – Fatihah

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan boleh berhubung terus dengan AJK Pemuda Negeri.

 

 

Posted on August 28, 2008, in Pengumuman. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: