Kebakaran Rumah Aktivis Pemuda PAS

Ibu Tunggal tinggal sehelai sepinggang,

rumah musnah kebakaran.

Tasek Gelugor : Kebakaran yang sekelip mata pada pagi semalam telah memusnahkan sebuah rumah di Kg Setol. Mangsa seorang ibu tunggal Norhaini Ahmad yang mempunyai 11 orang anak di mana 2 orang orang telah berkahwin, 2 orang bekerja dan 7 orang masih bersekolah yang kecil sekali berusia 6 tahun yang berlajar di PASTI Guar Kepayang.

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan bantuan permulaan kepada mangsa sempena bulan Ramadhan ini kerana segala peralatan dan tempat tinggal musnah dalam kebakaran tersebut. Kebakaran yang masih dalam siasatan pihak berkuasa telah memusnahakn keseluruhan rumah beliau. Semasa kejadian jam 11.30 pagi semalam (16.09.2008), beliau pada masa itu telah keluar bekerja di Sg Dua, dan anak-anak telah keluar hanya tinggal anak yang kecil berusia 6 tahun bermain di luar rumah, bergegas pulang setelah mendapat panggilan telefon dari jiran. Apabila sampai pihak bomba sudah mengawal kebakaran untuk tidak merebak ke rumah berdekatan.

Sebelum kedatangan pihak PASTI Negeri, pimpinan PAS Kawasan Tasek Gelugor yang di ketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang dan beberapa ahli jawatankuasa perhubungan PAS Negeri dan PAS Kawasan telah menyampaikan sumbangan.

Suami beliau yang telah lama meninggal dunia merupakan salah seorang aktivis PAS dan pada masa ini anak-anak beliau turut terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan seperti anak ketiga beliau Mohd Husaini merupakan ahli pemuda dan Unit Amal Kawasan Tasek Gelugor. Kesungguhan yang Puan Norhaini tunjukkan adalah semua anak-anaknya merupakan bekas pelajar PASTI Cawangan Guar Kepayang.

Pada masa ini beliau menumpang di rumah anak sedara yang bersebelahan dengan rumah beliau dan beberapa anak beliau menetap di asrama sekolah dan rumah kakak beliau.

Kepada semua muslimin dan muslimat yang turut merasai keperitan yang dihadapi oleh mangsa boleh la menyampaikan apa-apa sumbangan berupa keperluan harian, pakaian dan wang tunai boleh salurkan ke :

Akaun Bank Islam : BIMB : 07025010008005 atau menghubungi

SU Pemuda Saudara Mohd Noor – 0164175770 ,

Ketua Penerangan : Zamadi Omar – 0194467922 ,

Pihak PASTI Negeri Saudara Aswad – 0195410415

PAS Kawasan Tasek Gelugor Saudara Zamri Darus – 0194572116

lihat koleksi galeria

Posted on September 17, 2008, in Semasa. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: