Ceramah Memperingati Syuhada Memali

9 Nov 2008 – Ceramah Memperingati Syuhada Memali telah berjaya menarik golongan muda yang ingin mengetahui cerita sebenar disebalik peritiwa tersebut yang sudah berlaku 23 tahun yang lalu. Ceramah anjuran PAS Cawangan Mengkuang Titi  yang telah menjemput Ust Yusni Mat Piah ( anak mangsa Memali), Ust Harun Mat Isa (mangsa memali) dan Ust Azman Shapawi (Naib Ketua Pemuda PAS Pusat) telah diadakan di Markas PAS Cawangan Mengkuang Titi pada 9 Nov 2008. Dalam ceramah tersebut Ust Harun Mat Isa menceritakan kejadian yang telah berlaku dan kenapa mereka bertindak begitu dan keadaan selepas peritiwa tersebut berlaku sehinggakan Tuanku Sultan Kedah telah mencemard uli untuk menziarah pusara para memali di Parit Panjang disebabkan pertikaian akan mereka mati syahid atau tidak.
Naib Ketua Pemuda PAS menyatakan bahawa PAS bukan sahaja Parti Politik tetapi PAS sebagai badan dakwah dan gerakan islam yang ingin membawa semua masyarakat kembali menghayati ajaran Allah SWT. PAS telah berusia 57 tahun dan pelbagai ujian yang di hadapi oleh PAS membuatkan PAS matang dalam setiap keadaan atau perkara yang berlaku.Menurut beliau juga apa yang berlaku diatas peritiwa memali adalah perancangan yang jahat dan kejam. Beliau juga mengulas tentang Akta ISA yang zalim terhadapat tahanan dimana isteri dan anak-anak terpisah dengan suami dan ayah mereka. Jika mereka bersalah sila dakwa mereka di mahkamah untuk di adili.
Beliau juga menyeru kepada semua penduduk Mengkuang Titi dan seluruh masyarakat Pulau Pinang untuk turun bersama-sama dalam satu himpuan bantah ISA di Putrajaya pada 10 Januari 2009 yang di anjurkan oleh PAS Pusat.Dalam masa yang sama untuk menyedarkan kepada masyarakat bahawa zalim dan menganiayakan orang yang ditahan dibawah akti tersebut.

Posted on November 10, 2008, in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: