Kenyataan Pemuda ISU Kempen I-DANCE

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG

BERHUBUNG ISU KEMPEN iDANCE PULAU PINANG

Jumaat, 12 DISEMBER 2008, MASJID PTG JANGGUS

PENDAHULUAN

Kami, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPP) sekali lagi mendesak pihak berwajib dan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) agar menimbang semula cadangan untuk menjalankan kempen street dance dalam kalangan belia di negeri ini.

Kami melihat pemilihan aktiviti iDANCE oleh pihak berwajib demi menggalakkan sesuatu aktiviti riadah yang sihat, membina belia contoh dan mengisi masa lapang serta menangani gejala negatif seperti lepak, vandalisme, masalah mat rempit, penyalahgunaan alkohol dan dadah merupakan sesuatu tindakan yang tidak praktikal dan tidak tepat.

Di sini, kami ingin menimbulkan beberapa persoalan berhubung hasrat melaksanakan kempen ini.

Pertama, adakah kempen iDANCE ini adalah alternatif terbaik dalam konteks Malaysia; sedangkan kita mempunyai seribu satu warisan kebudayaan yang jauh lebih tertib, sopan dan menjunjung budaya kebangsaan nasional?

Kedua, adakah pihak berwajib mempunyai apa-apa rekod keberjayaan aktiviti seumpama ini sebagai pillot-test sebelum dilaksanakan di negeri kita ini; walhal kebejatan sosial dalam kalangan remaja acap kali dikaitkan dengan budaya popular dan hiburan?

Ketiga, mampukah iDANCE ini membantu pada perkembangan minda intelek kumpulan sasaran (iaitu remaja dan pelajar) kerana core-business remaja dan pelajar adalah mengejar pencapaian ilmu/akademik?

Keempat, sejauhmanakah pihak berwajib boleh memberi jaminan bahawa modus operandi dan pelaksanaan iDANCE dalam kalangan remaja Islam ini mengikut prosidur syara’ – (1)tidak melalaikan; (2)jauh dari perkara haram dan masiat; (3)tidak bercampur antara lelaki dan perempuan; (4)tidak mengabaikan perkara-perkara kewajipan (menurut Islam) seperti solat fardhu dll?

PENUTUP

Berdasarkan pada pertimbangan-pertimbangan dan persoalan-persoalan di atas, DPP Pulau Pinang sekali lagi mendesak pihak berwajib menimbang semula cadangan Kempen iDANCE tersebut seterusnya membatalkan hasrat tersebut dengan serta-merta.

Semoga pendirian ini dapat meletakkan kepemimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat (PR) sangat unik dan prihatin dalam membina jatidiri generasi remaja kita; tidak bersikap seperti UMNO dan Barisan Nasional yang sangat gemar menganjurkan budaya popular, hiburan dan hidonisme dalam kalangan remaja sehingga mengakibatkan golongan pewaris kepemimpinan negara hilang identiti dan jatidiri bangsa Malaysia.

Disediakan oleh,

DEWAN PEMUDA PAS (DPP)

PULAU PINANG


Posted on December 12, 2008, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Saya adalah orang pertama yang menyokong bantahan semula kepada program IDANCE yang tidak berfaedah ini!

    Balik semula kepada perjuangan ISLAM! Takbir!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: