Ceramah Perdana Berjaya dianjurkan

Alhamdulillah ceramah perdana bersama Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Tuan Hj Mohd Sabu berjaya diadakan walaupun perubahan tempat secara mendadak disebabkan mendapat kekangan dari pihak polis yang tidak memberikan sebarang permit untuk diadakan di tempat asal iaitu  Juru.

Ceramah ini diadakan sempena Pelancaran Ponduk At Turat bersebelahan dengan PASTI Juru. Pada sebelah siangnya Majlis Perasmian Pecah Tanah dan kenduri Kesyukuran diadakan di tapak berkenaan dengan kehadiran sambutan yang amat menggalakan dari penduduk sekitar Seberang Perai ini. Setelah siap nanti pondok ini akan dikenali dengan nama Al-Majma’ Attutath Al-Islami Al-Malizi.

Walaupun tempat ceramah diubah tempat, ia  tidak menghalang  orang ramai  untuk hadir mendengar pelbagai isu dan penjelasan oleh kedua-dua penceramah hubung dengan isu di dalam negera, isu perak, isu pilihanraya mahupun isu luar negara terutama penindasan yahudi terhadap penduduk Palestin. Ceramah ini dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Posted on February 23, 2009, in Semasa. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. dah bulan mei..kenapa tak ada berita2 terbaru dlm blog ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: