Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat

3 Jun 2009 – Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat telah selesai di rasmikan oleh YB Ust Nasharudin Mat Isa Timb Presiden PAS dengan penuh jayanya dengan dimulakan ucapan tema ketua pemuda pas pusat YB Salahuddin Ayob, yang akan meninggalkan kepimpinanan pemuda dan akan beralih ke pimpinan yang lebih aktif di dalam ajk pas pusat nanti. Dengan ucapan Dasar “MEMPERSADAKAN PERJUANGAN” banyak isi-isi disentuh oleh beliau diantaranya pemuda pas selepas 6 tahun, perubahan politik Malaysia, memimpin pemuda Malaysia, kepemimpinan ulamak tunggak perjuangan dan pemuda penyambung perjuangan. Setelah enam tahun beliau memimpin Dewan Pemuda Pas Malaysia, maka pada malam ini merupakan ucapan terakhir beliau bersama pemuda dengan meninggalkan satu gagasan atau pun satu barisan pelapis yang begitu mantap di setiap peringkat walaupun masih ada lagi agenda yang masih belum dilaksanakan.
Dalam pada itu, Timb Presiden memberi ucapan tahniah kepada YB Salahudin dalam memimpin pemuda selama 6 tahun lalu dengan jayanya. Ucapan tahniah yang kedua diberikan kepada Ust Nasharudin Hassan Tantawi kerana telah dipilih untuk memimpin dewan pemuda PAS Malaysia bagi 2 tahun akan datang. Antara intipati ucapan perasmian beliau menekankan tentang satu barisan pelapis pemuda yang begitu mantap dalam setiap segi baik golongan ulamak, professional dan aktivis.
Majlis perasmian itu juga dihiasi dengan persembahan daripada tokoh Sasterawan Negara yang begitu bersemangat dalam memperjuangankan isu bahasa iaitu Dato A Samad Said. Selain acara ini Dewan Pemuda Pas turut memberikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada exco-exco pemuda pas yang akan bersara daripada Dewan Pemuda Pas Malaysia iaitu YB Mohd Zaki Ibrahim, Ust Ariffin Deraman, Ust Nor Azli Musa, YB Taufek Ibrahim, Ust Salihin Mukyi, Sdr Jamsari Masrom, Sdr Abdul Rahman Salikin, Ust Zulkarnain Abidin, Sdr Azrin Abdul Majid dan tidak dilupakan YB Ketua Pemuda sendiri YB salahudin Ayob dengan tayangan multimedia tentang YB Salahudin Ayob.

Posted on June 4, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: