Tertuduh Sepatutnya Dikenakan Hukuman Rejam – Hakim

“Majistret Iriane Isabelo, yang mengutuk perbuatan itu, berkata tertuduh yangberagama Islam sepatutnya dikenakan hukuman rejam, lapor Bernama.

— Hakim kata tertuduh sepatutnya dikenakan hukuman rejam, tapi alangkah baiknya jika hakim berkata bahawa negara kita sepatutnya menguatkuasakan undang-undang hudud untuk membendung gejala seperti ini….

Suami dipenjara edar gambar lucah isteri

Seorang suami dihukum enam bulan penjara dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan hari ini selepas mengaku
bersalah mengedar gambar lucah isterinya bulan lalu.

Abdul Aziz Basri, 57, seorang pembekal alat ganti, didakwa mengedar enam keping gambar lucah adegan seks dalam bentuk salinan fotostat kertas bersaiz A4 di Court Mammoth, Jalan Abdul Aziz, Kuantan, kira-kira 8 pagi hingga 12 malam, antara 28 Jun dan 7 Julai lalu.

Majistret Iriane Isabelo, yang mengutuk perbuatan itu, berkata tertuduh yangberagama Islam sepatutnya dikenakan hukuman rejam, lapor Bernama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada 13 Julai lalu, seorang kerani wanita berusia 41 tahun telah membuat laporan polis berkaitan pengedaran gambar lucah yang didakwa dilakukan oleh suaminya.

Pendakwaan dijalankan oleh Cif Insp Muhamad Azman Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Posted on July 21, 2009, in Semasa. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Pembetulan kepada fakta sebenar tentang kenyataan majistret tersebut.

    Sebenarnya semasa membela diri, tertuduh tidak mengaku wanita itu adalah isterinya, katanya perempuan itu hanyalah kekasihnya, jadi kata majistret, anda sepatutnya dihukum dengan lebih berat, bahkan jika benar dakwaan kamu bererti anda telah melakukan perzinaan, dan sebagai muslim yang telah berkahwin (tertuduh sebenarnya ada isteri yang lain dengan 4 anak)anda boleh dihukum rejam di dalam undang-undang Islam.
    Ini adalah maklumat dari orang ‘dalam’ yang hadir perbicaan itu dari awal hingga akhir.

    Seperti biasa pihak media tidak menyiarkan sepenuhnya fakta sebenar – sama ada sengaja atau tidak – dan mereka suka utk bangkitkan isu yg boleh menghangatkan keadaan.

    Jadi kita sebagai seorang muslim sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, tanpa sebarang sindirin sinis. Majistret itu adalah seorang muslimah (walaupun namanya agak lain dari nama yang kita biasa dengar), dia telah melakukan tugasnya berdasarkan bidang kuasanya sahaja, tidak ramai orang yg berani mengucapkan kata-kata sepertinya di dalam mahkamah, bahkan hukuman yg dijatuhkannya itu jauh lebih berat berbanding hukuman yg pernah dijatuhkan oleh mana-mana mahkamah majistret sebelum ini, kerana tertuduh telah mengaku bersalah mengedarkan gambar mereka berdua sedang bersetubuh dengan menampakkan seluruh tubuh bogel wanita itu dengan jelas sehingga kemaluannya sekali, dengan tujuan mengaibkannya. Cuma muka lelaki itu yang tidak kelihatan di dalam gambar. Ini adalah satu perbuatan yang sangat zalim dan keji dan merosakkan hidup wanita itu sepanjang hayatnya.
    Saya cadangkan, daripada kita membuat apa-apa sindiran, lebih baik kita memuji tindakan majistret itu.

    penyokong kebenaran

  2. komen itu bukan bertujuan menyindir, tapi untuk highlight tentang statement seorang hakim sivil yang alert dengan sistem keadilan Islam….

Leave a comment