Ustaz Salleh Man Calon N11 Permatang Pasir

 

 

PERMATANG PASIR – Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Ustaz Salleh Man sah akan berhadapan dengan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir yang bakal diadakan pada 25 Ogos depan.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengisytiharkan Ustaz Salleh sebagai calon PAS dalam satu majlis di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir, semalam.

Ustaz Salleh, 52, pernah bertanding kerusi Pinang Tunggal pada tahun 2004 dan Sungai Dua, pada pilihanraya umum ke 12, Mac 2008.

Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi di hadapan ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat

Kerusi Permatang Pasir kosong apabila penyandangnya, Datuk Hamdan Abdul Rahman, wakil PAS yang memenanginya sejak tahun 1999, meninggal dunia hujung bulan lalu.

Turut hadir dalam majlis pengumuman calon itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu sebagai ‘kick-start’ program pilihanraya kecil Permatang Pasir  satu program besar-besaran akan diadakan.

Ia akan dimulakan dengan Program Pelancaran Jentera Dan Bilik Gerakan PRK Permatang Pasir pada 16 Ogos 2009 (Ahad) Program tersebut adalah seperti dibawah;.

“Anwar akan jawab siapa pengkhianat melayu”

Program 1 :

Pelancaran jentera dan bilik gerakan pkr pilihanraya kecil dun permatang pasir

Tempat : permatang pasir

Masa : 9.00 – 12.00 malam

Penceramah :

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2) YAB Lim Guan Eng

3) YB Prof Mansor Othman

4) YB Saifudin Nasution

5) Ybhg Haji Mohamad Sabu

6) YB Dato’ Zahrain Hashim

Program 2 :

ceramah perdana

Tempat : taman cermai, permatang pauh

Masa : 9.00 – 12.00 malam

Penceramah:

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2) YB Dato’ Seri Haji Hadi Awang

3) YB Lim Kit Siang

4) Ybhg Haji Mohamad Sabu

Posted on August 15, 2009, in Politik and tagged , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. harapa boleh update aktivi kempen serta ceramah PAS dalam PRK Permatang Pasir ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: