Wayang Pacak Tak Dibenarkan di Permatang Pasir

Pihak SPR dan Polis telah mengenakan peraturan baru untuk tidak membenarkan parti-pasti bertanding pada pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir untuk menggunakan skrin putih besar untuk wayang pacak atau untuk membesarkan wajah penceramah.

Semalam semasa ceramah di Kubang Semang, semasa pihak PAS ingin memacakkan skrin putih untuk ceramah, ada pihak tertentu yang telah melaporkan kepada pihak polis. Akhirnya skrin putih itu terpaksa diturunkan. Kami juga diberitahu bahawa kelayakan calon untuk bertanding akan ditarik balik jika pihak berkenaan tidak mematuhi peraturan ini.

Nampak sangat pihak polis dan spr ingin menyekat rakyat daripada mendapat maklumat sebenar dari pihak PAS. PAS tidak mempunyai media seperti RTM dan TV3, dan kami juga tidak mempunyai Utusan Melayu, Berita Harian, The Star yang nampak sangat berat sebelah dalam melaporkan berita mengenai Permatang Pasir.

Untuk pihak UBN, kalau benar anda anak jantan, marilah bertanding di atas padang yang sama rata, benarkan pihak kami untuk menggunakan wayang pacak semasa PRK ini dan jangan hanya siar berita-berita negatif berkenaan pembangkang semasa PRK ini.

Posted on August 19, 2009, in Permatang Pasir, Politik and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: