Pemuda BN dicabar – Debat siapa pengkhianat negara

Pemuda BN dicabar – Debat siapa pengkhianat negara

Ditulis oleh Te@M I.T
THURSDAY, 20 AUGUST 2009 17:01


KUBANG SEMANG, 21 OGOS – Pemuda Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hasan Tantawi bersetuju menghantar mesej atau seruan kepada pemuda Barisan Nasional untuk mengadakan satu perdebatan mengenai “Siapakah Sebenarnya Pengkhianat Negara.”

Cabaran ini dilihat sebagai suatu tindakan yang wajar dalam mempertahankan kepentingan rakyat setelah 7 kali pelawaan untuk berdebat dihantar kepada pemuda UMNO tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.

Persetujuan tersebut juga dicapai ekoran tuduhan Pemuda BN yang menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa.Sehubungan dengan perkara ini,Pemuda Pakatan Rakyat mencabar Pemuda BN samada dari UMNO, MCA, MIC mahupun GERAKAN untuk tampil dalam perdebatan tersebut beserta bukti-bukti yang jelas terhadap tuduhan yang dilemparkan.

Perdebatan ini akan diadakan  pada 23 Ogos, jam 9.00 malam di perkarangan kedai runcit Asri Kampung Permatang Tengah,demikian pengumuman oleh Nasruddin pada sidang media sejurus selepas menghadiri perlawanan persahabatan bola Sepak di Kubang Semang antara Kubang Semang FC vs YB Pemuda Pakatan Rakyat semalam.

Turut hadir pada perlawanan itu ialah calon pilihan raya kecil Permatang Pasir,Haji Mohd. Salleh Man. Perlawanan berakhir pada pukul 7.00 petang.

Posted on August 21, 2009, in Permatang Pasir and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: