Ustaz Salleh calon jujur, baik dan soleh – Lim Guan Eng

Ustaz Salleh calon jujur, baik dan soleh – Lim Guan Eng

PERMATANG PASIR, 22 Ogos – “Di dalam Islam dinyatakan bahawa Isteri ialah pakaian bagi suami dan suami pakaian bagi isteri, tapi UMNO dan Barisan Nasional langsung tidak boleh pakai” Lim Guan Ng berseloroh ketika berceramah di Permatang Pasir semalam.

Beliau yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang meyakini pribadi Ustaz Salleh Man yang jujur, baik dan soleh. Dengan itu beliau berpandangan calon PAS itu adalah yang terbaik untuk kaum melayu, cina dan india di Permatang Pasir.

“Mana mungkin orang yang baik seperti Ustaz Salleh Man boleh dituduh menggelapkan duit pilihanraya sebanyak RM 600 000” ujar beliau merujuk kepada serangan pribadi yang dibuat oleh UMNO terhadap calon PAS itu.

Menurut beliau juga, suatu yang pelik apabila dikatakan Ustaz Salleh Man menggelapkan wang sebanyak itu sedangkan untuk PAS mendapatkan RM 3000 pun belum tentu.

Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah Dr mansor othman, Lim Kit Siang dan Badrul Hisham.

Lim Guan Eng turut manambah bahawa wakil rakyat DAP, PAS dan PKR yang menang hanya dengan tujuan berkhidmat kepada rakyat berbeza dengan UMNO dan Barisan Nasional yang hanya mengkayakan kroni dan pemimpin-pemimpin mereka.

Di dalam ceramah tersebut, Lim Guan Eng mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan berharap calon PAS, Salleh Man berjaya mengekalkan kemenangan rakyat pada 25 Ogos ini.

dipetik dari : http://prkn11penang.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=102:ustaz-salleh-calon-jujur-baik-dan-soleh-lim-guan-eng&catid=25:berita-terkini&Itemid=54

Posted on August 22, 2009, in Permatang Pasir and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: