Mesra rakyat bersama calon dan Presiden

Mesra rakyat bersama calon dan Presiden

sumber : http://prkn11penang.pas.org.my
SATURDAY, 22 AUGUST 2009 17:53


KUBANG SEMANG, 23 Ogos – Bazar Ramadhan Kuala Semang petang semalam menerima kunjungan daripada calon PAS, Salleh Man diiringi Presiden Pas Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 6 petang. Tuan Guru yang berjubah coklat muda segak bergaya dan berserban putih kemas berkarisma.

Keadaan penuh sesak dengan kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu untuk membeli juadah berbuka puasa. Namun begitu, kehadiran Hj salleh Man serta Tuan Guru Haji Hadi Awang tetap disambut baik oleh orang ramai dan peniaga. Masing-masing tidak melepaskan peluang bersalaman dan beramah mesra dengan Hj salleh dan Tuan Guru Presiden.

Di samping itu, terdapat kaunter perkhidmatan semakan daftar pemilih yang diuruskan oleh beberapa petugas PAS bagi memudahkan pengundi membuat semakan.

Turut hadir menghangatkan kempen pada petang itu adalah Abdullah Abdul Karim, salah seorang peguam PAS yang menekankan mengenai kebijaksanaan para pengundi dalam memilih calon pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir tidak lama lagi.Selain itu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub dijadualkan akan menyertai siri kempen di tempat yang sama pada esok hari.

Keadaan terkawal dengan kehadiran Unit Amal Pulau Pinang yang bertugas melancarkan pergerakan calon dan Tuan Guru Presiden.

Posted on August 23, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: