Kemenangan Badar Sughro

Kemenangan Badar Sughro

Ditulis oleh Te@M I.T dari http://prkn11penang.pas.org.my
TUESDAY, 25 AUGUST 2009 12:52


PERMATANG PASIR, 25 Ogos – “Kemenangan yang dianugerahkan pada pilihan raya ini merupakan hadiah dari Allah untuk semua perjuang yang cintakan kebenaran.
Pengarah pilianaraya kecil, Dato’ Mahfuz Omar ketika dihubungi wartawan TE@M I.T merasa sukacita dengan kemengan ini dan menyatakan pencapaian pengundian pilihanraya ini merupakan ‘trend’ pilihanraya yang bakal dihadapi pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

“Trend ini juga membuktikan bahawa rakyat pada hari ini menolak pemerinthan UMNO dan BE END,” ujar Mahfuz yang menyambut hari kelahirannya yang ke 52 hari ini.

Sehubungan dengan itu beliau juga melahirkan rasa kesal kerana SPR tetap mengadakan piliharaya kecil ini pada hari bekerja.

Menurut ahli parlimen Pokok Sena, sekiranya pilihanraya ini diadakan pada hari cuti, peratusan pengundi yang mengundi akan lebih meningkat berbanding 72.78 peratus yang keluar mengundi hari ini.

Justeru itu, menurut pemantauan beliau, terdapat ramai di kalangan pengundi yang berada di perantauan dan bekerja di luar kawasan tidak diberikan cuti bekerja untuk pulang mengundi.

“Sekiranya pihak majikan memberikan cuti dan kemenangan piliihanraya berpihak kepada PAS, perkara itu tidak sedikitpun menjejaskan pemerintahan parti yang sedang memerintah pada masa ini,” nyata Mahfuz dengan kesal.

Beliau yang dihubungi ketika berada di Markaz Induk itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenangkan Parti Islam Semalaysia PAS sama ada petugas-petugas tempatan atau  dari luar.

Bagi petugas IT  di Pilihanraya kecil ini, kami juga turut mengucapkan Selamat hari lahir yang ke 52 kepada Naib Presiden PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar dan mendoakan semoga Allah memberkati usaha kita dalam menegakkan syiar Islam di tanah air ini.

Posted on August 26, 2009, in Permatang Pasir. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: