Selepas Manik Urai, Berapa Juta Najib Nak Beri Pada Permatang Pasir

Semalam Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa beliau telah meluluskan projek pembangunan untuk penduduk Manek Urai berjumlah RM8.9 juta sebagai menepati janji pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manek Urai pada 14 Julai lepas.

Umno yang ketika itu mengistiharkan Manik Urai sebagai anak emas hari ini kelihatan tertekan untuk menunaikan janji mereka kepada penduduk Manik Urai. Mereka terpaksa melaksanakan janji mereka kerana khuatir jika kegagalan mereka akan dijadikan bahan modal oleh pihak Kerajaan PAS di Kelantan.

Namun Najib rupanya buta sebelah mata, pekak sebelah telinga kerana selepas tewas dalam keadaan memalukan di Permatang Pasir beliau masih belum menunaikan apa-apa janji kepada penduduk disana. Walhal jika diimbas kembali, sepanjang kempen di Permatang Pasir, Umno-BN mengistiharkan Permatang Pasir sebagai anak emas kedua mereka.

Janji pembangunan ditabur sana-sini. Janji yang sama ditabur di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Malangnya hanya Manik Urai sahaja mendapat layanan kelas pertama kerana Umno begitu bangga selepas berjaya mengurangkan majoriti kemenangan PAS dengan banyak.

Nampaknya mereka ghairah untuk canangkan satu negara bahawa mereka sudah laksanakan janji mereka. Namun mereka lupa bahawa rakyat kini semakin cerdik dan PAS tetap yakin, Manik Urai akan terus dalam gengaman dengan majoriti yang lebih besar dalam Pilihanraya akan datang.

sumber : http://idrisahmad.wordpress.com/2009/09/08/selepas-manik-urai-berapa-juta-najib-nak-beri-pada-permatang-pasir/

Posted on September 9, 2009, in Permatang Pasir. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: