Pemuda PAS anjur rumah terbuka 3 budaya

KUALA LUMPUR, 28 Sept:Sempena perayaan tiga suku kaum utama di Malaysia sekarang, Pemuda PAS akan menganjurkan rumah terbuka tiga budaya 3 Oktober ini. Program yang menggabungkan sambutan tiga perayaan besar iaitu Hari Raya Aidilfitri, Festival Kuih Bulan dan Deepavali itu akan dinamakan “Rumah Terbuka PAS: Citrawarna 3 Budaya” akan diadakan di Padang Jalan Gasing, Pantai Dalam, dekat sini.

Ia akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, PAS Kawasan Lembah Pantai serta Kelab Penyokong PAS Wilayah Persekutuan.

Program ini bertujuan untuk menjalinkan serta mengukuhkan hubungan di antara PAS sebagai wadah dalam Pakatan Rakyat dengan seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam di Wilayah Persekutuan.

Ia juga menggambarkan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum serta agama dalam Pakatan Rakyat.

Program yang dijadual berlangsung pada jam 2.00 petang dan berakhir jam 4.00 petang akan dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS sendiri, Ustaz Nasrudin Hassan manakala Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan tampil sebagai jemputan khas.

Sebanyak lima ratus hadiah menarik bakal menanti pengunjung terawal ke program tersebut.

Sehubungan itu, seluruh warga kota dijemput hadir bagi memeriahkan majlis yang dirancang sejak sebulan yang lalu.

sumber : http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22601&Itemid=1

Posted on September 28, 2009, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: