Bagan Pinang : Selamat Berjuang Hj Zulkefli

DPPP: Sokong Penuh & Kerja Kuat

oleh : Ustaz Nasrudin Tantawi

1. Tahniah … Dewan Pemuda PAS Pusat ucapkan selamat berjuang dengan penuh taqwa dan memikul tanggungjawab dengan penuh dedikasi kepada Tuan Hj. Zulkefli Mohd Omar Pesuruhjaya PAS Negeri 9 yang diamanahkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat .
2. Bakal berhadapan dengan calon UMNO dan BN dalam pilihanraya kecil N.31 Bagan Pinang bermula 3 hb Oktober ini dan penentuannya pada 11 Oktober kelak .
3. Cabaran kini agak sengit dengan adanya jumlah undi pos yang hampir mencecah angka 5000 . Namun bagi kami pemuda menghadapi realiti ini dengan semangat juang yang tinggi dan optimis untuk sekali lagi membawa pulang tropi kemenangan insyaallah .
4. Kesukaran dan cabaran yang semakin sengit menjadikan pemuda lebih proaktif dan progresif . Kami bersedia menghadapi apa jua kemungkinan dan telah siap menggerakkan strategi mencongak kemenangan berganda di Bagan Pinang .
5. Buat pertama kalinya Jentera Pilihanraya Pemuda PAS menubuhkan skuad khas untuk menangani undi pos yang diketuai oleh sdr Suhaizan kaiat Ketua Penerangan DPPP . Pelbagai startegi dan taktikal telah diambil dan kita yakin Pakatan Rakyat mampu menang lagi dalam pilihanraya kecil kali ini .
6. Justeru itu , tanpa mengabaikan segala aktiviti dan agenda perjuangan yang telah ditetapkan , semua pemuda diharap memberikan komitmen tinggi dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi guna mengulangi kecemerlangan yang telah dilakar .
7. Kemenangan PAS mewakili Pakatan Rakyat kali ini adalah sangat penting untuk membetul arah laluan Pakatan Rakyat menuju garis destinasi sebagai sebuah Kerajaan Menanti . Namun janganlah pula dipengaruhi oleh bisikan syaithan yang membuatkan kita over confident lalu bertindak sambil lewa .
8. Kepada yang mampu turun bertugas , hadhirlah dengan segala keupayaan tenaga yang bersisa untuk menggarap aktiviti dan mengolah strategi memburu kemenangan bersama petunjuk Allah swt . Mereka yang diberi kelebihan wang ringgit , hulurkan lah sebanyak yang boleh untuk membiayai gerakkerja dakwah dan bahan – bahannya . Ianya boleh disalurkan terus kepada Bendahari DPPP saudara Adram Musa [ 013 384 5555 ] .
9. Tanpa lupa doa dan munajat untuk mengundang Nusrah Allah swt agar kemenangan yang diperkaya dengan petunjuk Allah swt berjaya dirangkul .
10. Selamat berjuang Hj. Zul , semoga Allah swt bersama saudara memberi pedoman dan kekuatan diri mengharung medan yang getir guna membawa pulang harapan rakyat yang menanti sejak 50 tahun yang lalu . Dewan Pemuda PAS akan memberikan komitmen yang tinggi . Siiru A’la Barakatillah !
Bagan Pinang bukan kubu UMNO dan BN , justeru itu tiada sebab UMNO dan BN tidak boleh ditumpaskan .

Posted on September 30, 2009, in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: