Kerana Isa, Umno ugut pengundi lagi

BAGAN PINANG, 30 Okt. | Tidak yakin dengan kemampuan Tan Seri Mohd Isa Abdul Samad, Umno BN cuba pula mengekang pegawai kerajaan dan tentera dari menyokong Pakatan Rakyat.

Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Noh Omar semalam melarang pegawai kerajaan dari menyertai sebarang  mesyuarat anjuran pembangkang.

Ketua Penerangan PAS Idris Hj. Ahmad berkata, tindakan Noh itu adalah cerminan sebenar tahap pemikiran menteri-menteri di Umno BN.

“Umno kata punca Melayu mundur kerana PAS berpelukan DAP, sedangkan rakyat Malaysia sebenarnya dimundurkan dengan tindakan serta cara berfikir Menteri 1Malaysia seperti Noh.”

Idris turut menasihatkan Noh agar bersikap lebih demokratik dan nasional; kerana Menteri ini sarjana perundangan.

Tambahnya lagi, Noh sepatutnya fokus pada urusan kementerian, bukannya terlalu berpolitik.

Dalam perkembangan berkaitan, N31 bakal menyaksikan Isa menetang calon Pakatan PAS Zulkefly Mohamad Omar.

21 Januari lalu, akhbar The Star melaporkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sewaktu menjadi Menteru (Agama) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), pernah mengugut penjawat kerajaan dari menyertai Pakatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan ketika dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang menganggap politik ugutan sebagai politik lama Umno BN.

Tetapi, tanggapan sedemikian masih tidak kedengaran, biarpun Umno sekali lagi mengugut pengundi di sini, sejak semalam

Posted on September 30, 2009, in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: