Kempen Jauhi Pergaulan Bebas & Zina

Kempen Jauhi Pergaulan Bebas & Zina

oleh : Ustaz Nasrudin Tantawi

1 . Dewan Pemuda PAS Pusat dalam mesyuarat bulanannya [ Sabtu – 17 hb 10 2009 ] telah memutuskan satu Kempen besar – besaran akan diadakan ke seluruh negara bagi mengajak semua warga Malaysia tanpa mengira kaum , bangsa dan agama agar menjauhi pergaulan dan perlakuan seks bebas [ zina ] yang kini kian parah dan menyumbang kepada keruntuhan tamaddun manusia . [ klik di sini ]
2. Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat yang dipengerusikan oleh al Fadhil Ustaz Riduan Mohd Noor akan mengambil tanggungjawab ini untuk menyediakan ” plan tindakan berkesan ” bagi menjayakan kempen tersebut .

3. Insyaallah [ jika tiada apa – apa aral ] kempen ini akan bermula dengan Majlis Pelancarannya pada 14 hb 11 . 2009 [ sabtu ] jam 2.15 pm di Perkarangan [ lobby ] Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut .
4. Beberapa aktiviti dan gerakkerja akan dilakukan termasuk beberapa siri pertemuan dan penyerahan memorundum kepada kementerian dan pihak yang berkenaan bagi memastikan kempen ini benar – benar memberi kesan dan mendidik masyarakat termasuk pemimpin mereka .
5. Kerjasama erat dan sistematik juga akan diadakan dengan beberapa NGO yang aktif membenteras perlakuan sosial melampau malah mengundang kecelakaan moral dan kebejadan akhlak dikalangan masyarakat negara kita .
6. Dewan Pemuda PAS Pusat memandang serius perkara ini setelah mengamati keadaan sosial negara semakin teruk dan indeks pencemarannya semakin parah . Bukan sahaja melunturkan akhlak dan harga diri masyarakat tetapi juga membuatkan mereka hilang nilai kemanusiaan dan peradaban .
7. Tiada siapa mampu menafikan situasi yang dihadapi oleh negara hari ini menuju kemusnahan sosial dan moral tanpa kawal . Kelak dijangka pemimpin negara juga akan terdiri dari kalangan penagih arak dan kaki perempuan . Selain rasuah yang telah membarah , hari ini kita juga telah dapat menyaksikan sebahagian pemimpin negara turut terjebak dalam pengaruh keruntuhan akhlak , sosial dan maruah .
8. Ada pemimpin yang gemar mengunjungi kelab – kelab malam , bergaul bebas dengan perempuan murahan , kaki raba , penagih arak , mendedahkan aurat , rasuah dan 1001 maksiat serta mungkar yang dilakukan . Cuma mereka bijak menyimpan dan menyembunyikan sisa – sisa perlakuan mereka . Namun maklumat mengenai mereka ini tersimpan rapi dalam pemerhatian paparazzi dan pekerja – pekerja sosial yang terkadang terlanjur membocorkan rahsia mereka .
9. Jika pemimpin yang disanjung dan dijulang sejurus memenangi pilihanraya dengan gah dan bergaya terjebak dalam perlakuan yang jijik lagi hina ini , sedang masih terngiang – ngiang ucapan – ucapan mereka untuk membawa Malaysia tampil sebagai sebuah negara yang maju , sejahtera , bebas rasuah dan bersih dari lumpur yang bernoda ……maka , apalah yang boleh diharapkan sangat dari rakyat yang sedang dipimpin mereka . kerana tentunya cara hidup rakyat rata – ratanya akan didorong oleh cara hidup pemimpin mereka .
10. Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengharungi badai ini bagi mengambil peranan utama untuk menyelamatkan masyarakat kita dari terus terjebak dan dijebakkan dalam pengaruh mungkar dan maksiat ini . Semoga usaha ini akan mendapat sokongan padu dari semua pihak melewati kepentingan kaum , agama dan latar belakang ideologi politik justeru penyakit moral dan mungkar ini sedang melanda dengan kelajuan yang boleh meruntuhkan segala benteng kecuali iman yang benar dan kental .

Posted on October 25, 2009, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: