Berakhirnya Sebuah Kemelut

Oleh : Ustaz Nasrudin Tantawi


1. Hari ini antara hari – hari bahagia dalam sejarah hidup saya semenjak saya mewaqafkan diri buat perjuangan Islam bersama Parti Islam Se Malaysia [ PAS ]

2. Sungguh bahagia dan cukup gembira menyaksikan komitmen seluruh perwakilan bersama pimpinan parti untuk menamatkan segala konflik dan persengketaan demi memperkasakan parti dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat .

3. Berlabuhnya tirai Seminar Pemerkasaan Parti yang berlangsung di Taman Melewar pada hari ini bermakna tamatlah sebuah kemelut yang agak panjang melanda parti . Insyaallah , selepas ini PAS akan mengorak langkah dengan gagah bersama gandingan mantap saff pimpinan yang telah bersetuju untuk menjadikan seminar ini penamat kepada segala konflik yang melanda parti .

4. Apa pun syabas saya ucapkan kepada al Fadhil Prof Dr. Abd Aziz Bari dan Dr. Abu Hassan Hasbullah [ Dr. Google ] , dua tetamu yang diundang untuk melontarkan idea mereka . Biar pun pedas dan keras , ianya diterima dengan penuh lapang dada dan sikap terbuka . Alhamdulillah , saya sendiri menerima teguran yang cukup pedas bukan sahaja dari pembentang [ Dr. Abu Hassan Hasbullah ] tetapi juga dari rakan – rakan , antaranya dari sahabat saya Dr. Rosli Alani Exco DPPN Kelantan .

5. Saya sebenarnya sangat terbuka malah gemar di kritik jika kritikan itu membina berbanding orang memuji justeru pujian itu melekakan saya . Adapun bidasan saya terhadap Dr Aziz Bari bukan bermakna saya tidak menerima kritikan beliau .

6. Dr Abdul Aziz Bari telah mengkritik PAS dan pimpinan tertingginya secara konsisten melalui Sinar Harian dalam beberapa artikel [ 5 artikel ] beliau yang keras . Saya tidak respon sebaliknya tekun membaca baris demi baris untuk memahami dan meneliti apakah sebenarnya yang mahu diserlahkan oleh beliau . Sementara PAS membuka ruang dan memberi peluang kepada beliau untuk memberi pandangan dalam Seminar yang dianjurkan .

7. Malangnya , dalam tempoh beberapa jam sahaja sebelum seminar politik PAS berlangsung , kelihatan Dr Aziz tidak sabar dan masih menggunakan ruang di media untuk menghentam pimpinan PAS sehingga membuatkan saya hilang kepercayaan kepada beliau , apakah beliau ikhlas mengkritik atau ada sesuatu yang ingin beliau capai dengan mencipta kemelut ini .

8. Saya beritahu kepada Dr Abdul Aziz Bari tengahari tadi , sebagaimana beliau menuduh Tuan Guru Hj Abdul Hadi sebagai Pro UMNO tanpa sebarang bukti , maka saya pula menuduh Dr Abdul Aziz Bari sebagai Agent UMNO dan sememangnya saya tidak mempunyai apa – apa bukti . Dr Abdul Aziz hanya ketawa kecil mendengar penjelasan saya . Sebenarnya saya juga tidak bermaksud mahu melempar tuduhan sedemikian kepada beliau , tetapi sekadar memberi isyarat kepada beliau agar beliau tidak lagi menuduh pimpinan PAS sebagai pro UMNO .

9. Seperti mana marahnya sahabat saya Dr Rosli Alani [ Exco DPPNK ] kerana saya menuduh Dr Aziz Bari sebagai Agent UMNO , begitulah jua marahnya saya dan seluruh ahli PAS kepada Dr Abdul Aziz Bari kerana menuduh Tuan Guru Presiden PAS sebagai Pro UMNO .

10. Alhamdulillah , segalanya telah saya settle dengan Dr Abdul Aziz Bari dan insyaallah pada hari rabu ini , harian DPPP akan mengunjungi Prof Dr Agus dan saya sedang mengusahakan satu tarikh dari Dr Abdul Aziz bari untuk satu sessi diskusi tertutup antara harian DPPP dengan beliau . Begitu juga Dr Abu Hassan Hasbullah . Dewan Pemuda PAS [ DPPP ] akan terus mencari ruang dan bertemu dengan pelbagai pihak yang boleh memberi in put kepada pemuda untuk terus memacu perjuangan ini .

Posted on November 8, 2009, in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: