Kota Siputeh : Laaa!!! Hakim Yang Di Tukaq Rupa-Rupanya Bekas Bendahari UMNO Kelantan…

KOTA SIPUTEH…MENANTI HARI ESOK

Salam semua, lama tak posting…line di rumah ada problem sikit…sikit sajaaaa..bil lupa bayaq..line kena potong..sampai lani lahhh tak bayaq-bayaq lagi. Esok ada peristiwa penting dalam Negeri kita ni…penting mencakupi isu perundangan dan politik. Dalam dua tahun ni, macam-macam benchmark yang kerajaan negeri pasakkan. Setiap satu diamati dengan teliti dan detail..apa nak berlaku esok?

Esok, keputusan mahkamah berkaitan semakan kehakiman keputusan SPR tidak mengosongkan kerusi Kota Siputeh! Percicaraan dibuat dihadapan hakim Yang Arif Dato Affendi Ali yang ditugaskan (ditukarkan) untuk kes itu pada 1 Nov 09.

Hari ini Dewan Pemuda PAS Pusat mempersoalkan pertukaran itu, tapi itu sudah ‘terlepas keretapi’. Kata DPPP Hakim itu adalah bekas Bendahari Umno Kelantan! Isunya pada saat ini ialah apa keputusannya esok! Bukan lagi siapa Hakim yang dengar kes, kenapa ditukarkan hakim (asalnya Hakim lain). Perbicaraan bermula 12 Nov lalu, esok (16 Nov 09) adalah penghakimannya. Kita tunggulah keputusannya.

Kalau mengikut hujah peguam, kes yang dibawa oleh Dato’ Dr Abdul Isa (Speaker kedah) sangat kuat. Satu-satunya hujah SPR yang boleh diterima telinga ialah SPR tidak boleh mengadakan pilihanraya terlalu kerap kerana kosnya tinggi. Sedaif-daif kita dalam bab undang-undang, kos pilihanraya kecil dan peraturan yang termaktub dalam undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah adalah dua isu yang tidak berkaitan. Takkanlah kerana kos pilihanraya tinggi, undang-undang tubuh kerajaan boleh diabaikan?

Kes esok akan jadi rujukan (precedent) kepada kes-kes akan datang. Mana-mana wakil rakyat boleh ‘tuang’ sidang DUN atau Parlimen ikut suka dia kalau kes esok memihak kepada Abu Hasan Sharif. Kalau keputusan memihak kepada Speaker, maka penafsiran undang-undang masih memberi ruang kepada Speaker menjalankan kuasa yang diserahkan kepadanya oleh DUN.

Saya berpendapat, masih ramai pengamal undang-undang dan penegak hukum maupun orang yang memberi tempat kepada peraturan menguruskan pertikaian akan memberi sokongan kepada Speaker. Biar hukum memutuskan kes-kes seperti ini, bukan diserahkan kepada sebuah suruhanjaya yang kerjanya mengadakan pilihanraya, membuat keputusan berasaskan malas berbelanja untuk buat pilihanraya.

Esok, generasi akan datang akan tetap bertegas mematuhi undang-undang tubuh kerajaan, terus merujuk kepadanya, dan tidak memandai-mandai patuh kepada sebuah badan lain yang kerjanya lain!! Macam-macam terjadi dalam tempoh singkat ini…. Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.

Posted on November 16, 2009, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: