Memali 19 Nov : Masih Segar Dalam Ingatan Ku

oleh : Sofi Wahab (mutaligat.blogspot.com)

Masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata bonda tercinta saya ketika saya baru pulang dari sekolah menduduki peperiksaan SPM 24 tahun lalu iaitu pada 19 November 1985.

Bonda saya berkata ” Mat (nama mesra saya), ada orang beramuk di Baling, 14 orang meninggal”
Saya mendengar dan minat. Tidak lama selepas itu RTM terus memfitnah Ustaz Ibrahim sebagai penderhaka, pengamal ajaran sesat dan sebagainya.

“Sapa yang dibunuh tu mak” tanya saya.

“Dengar cerita orang PAS, Ustaz PAS dan anak-anak muridnya” jawab Bonda saya yang ketika itu berumur dalam linkungan 48 tahun.

Walaupun saya baru berumur 17 tahun ketikan itu namun saya sudah terlibat dengan usrah PAS cawangan dan kawasan secaralangsung dan saya faham akan perjuangan PAS dan perjuangan Ustaz Ibrahim Libya. Bertungkus lumus Tuan Guru Nik Aziz mempertahankan Allahyarham As Syahid Ustaz Ibrahim Libya di Parlimen. Ketika itu Tok  Guru satu-satu Ahli Parlimen PAS (Pengkalan Chepa) dalam dewan.  Akhirnya segala-gala teki terjawab apabila Sultan Kedah sendiri mencemar duli menziarahi pusara Ustaz Ibrahim. Selain itu ada anggota majlis fatwa Kedah yang memfatwakan Ustaz Ibrahim dan sahabat-sahabatnya adalah syahid. As-Syahid kental mempertahankan nyawa, maruah, keluarga, pondok dan hartanya dari anggota pasukan keselamatan yang  menyerang mereka atas arahan pimpinan Umno/BN ketika itu.

Ketika saya menuntut di utara tanahair saya sempat melawat kesan-kesan kezaliman penguasa ke atas As Syahid. Kesan peluru  di dinding-dinding, pokok dan sebagai masih ada. Itupun selepas 2 tahun kezaliman dilakukan. Seingat saya sudah 2, 3 kali saya menziarahi makam As Syahid dan sahabatnya. Setiap kali saya menziarahinya, air mata saya  mengalir kerana sayu mengenangkan kezaliman penguasa keatas rakyat yang tidak berdosa. Mengapa begitu kejam mereka ini, tanya hatiku.

Kepada para Syuhada, aman dan damailah kailan di sana mendapat nikmat dari janji Allah. Apa yang diharapkan kerajaan yang bertanggungjawab ke atas peristiwa ini jenguk-jenguk mangsa Memali ini. Berilah bantuan dan pertolongan semaksima mungkin. Guna untuk menebus dosa yang telah dilakukan. Walaupun ianya mungkin tidak mampu mengembirakan mangsa Memali tetapi setidak-tidaknya keperitan hidup mereka dapat dibela.

Tahniah juga kepada pihak Madsrasah Islahiah Memali kerana berjaya membangung institusi tersebut sehingga menjadi sebuah  institusi pendidikan yang besar sekarang ini. Cita-cita As Syahid untuk membangunkannya akhirnya tercapai. Syabas dan tahniah.

Kepada seluruh pencinta perjuangan Islam, hulurkan apa juga bantuan yang boleh diberi kepada mangsa Memaali dan Madrasah ini.

Posted on November 19, 2009, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: