Ulangtahun Syuhada’ MEMALI kali 24

oleh : Ustaz Nasrudin Tantawi

1. Biarpun 24 tahun telah berlalu , tragedi Memali yang menyaksikan kekejaman UMNO dan BN masih segar dalam ingatan ummat Islam khasnya keluarga syuhada’ Memali.

2. Insyaallah , saya dan Ustaz Azman Syafawi [ Timbalan Ketua DPPP ] akan menziarahi maqam syuhada’ Memali hari ini bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

3. Perginya asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan rakan – rakan adalah kehilangan besar buat perjuangan Islam di Malaysiaamnya dan Kedah khasnya.

4. Malangnya ada pihak yang cuba untuk mempalit persepsi negatif kononnya perjuangan syuhada’ Memali adalah pelampau agama dan lebih jahat apabila syuhada’ dikaitkan sebagai ajaran sesat sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo tempohari.

5. Namun saya yakin , firman Allah swt di dalam surah ali Imran ayat : 169 : dan janganlah engkau menyangka orang yang mati terbunuh di jalan Allah swt itu mati , akan tetapi mereka hidup dan di sisi Allah swt mereka senantiasa mendapat rezeki .

Biarpun 24 tahun telah berlalu , perjuangan mereka masih hidup di hati ummat Islam . Al Faatihah buat semua para syuhada’  Memali .

Posted on November 19, 2009, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: