Kutipan Zakat meningkat di bawah Pakatan Rakyat


Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang mencatatkan peningkatan kutipan zakat pada 2009 kepada RM47.95 juta melibatkan seramai 605,825 pembayar berbanding RM41.76 juta tahun sebelumnya dari 589,252 pembayar zakat.Pengurus Besar PUZ Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Dr Azman Abdul Samat berkata, peningkatan jumlah itu adalah hasil kesedaran umat Islam untuk menunaikan rukun Islam keempat melalui dakwah yang disebarkan.

Selain usaha menggalakkan umat Islam menunaikan zakat perniagaan juga ditumpukan kepada pembangunan modal insan dan pembebasan kemiskinan jiwa.

Menurut beliau ia membuktikan bahawa umat Islam semakin yakin dengan pendekatan yang diguna pakai PUZ dan berharap agar jumlah itu akan bertambah menjelang penghujung tahun ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 49,932 penerima menerima wang zakat yang keseluruhannya berjumlah RM51.82 juta pada 2009 berbanding hanya 28,118 penerima menerima zakat berjumlah RM45.6 juta pada 2008.

“Dan, kita yakin dengan strategi yang digunakan kini dapat memberi kesedaran umat Islam untuk menunaikan tanggungjawab mereka dalam membantu insan yang memerlukan,” kata Dr Azman.

Seramai 300 penerima dari daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU) menerima bantuan berjumlah RM200,000.

Setiap penerima menerima purata sekitar RM400 hingga RM600 bergantung kepada jenis bantuan yang diterima. Antara jenis bantuan yang diberikan adalah pendidikan sekolah rendah dan kebangsaan, pendidikan Institut Pengajian Tinggi (IPT), sara hidup untuk warga kurang upaya, kesihatan dan baik pulih rumah.

Dr Azman berkata bantuan itu adalah permulaan pada tahun ini dan akan berterusan sepanjang tahun.

Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman berkata PUZ tahun ini akan memberi fokus kepada pendidikan memandangkan negara memerlukan modal insan yang berkualiti bagi membangunkan negara pada masa hadapan.

Posted on April 5, 2010, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: