Laporan Berita Harian melampau – YDP Maipp

 

 Mohd Sabri Said – Harakahdaily

 

 

PULAU PINANG, 22 April: Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria menggangap laporan Berita Harian hari ini bertajuk ‘Agong tolak Mansor’ bersikap melampau untuk melagakan dirinya dengan Timbalan Ketua Menteri I, Dr Mansor Othman dan pihak istana.

Beliau ketika dihubungi kesal dengan tajuk berkenaan seolah-olah beliau berselisih mengenai isu tersebut sedangkan dirinya dan Dr Mansor mempunyai hubungan yang akrab.

“Pagi tadi saya telah menelefon Dr Mansor menjelaskan keadaan sebenar supaya Dr Mansor tidak terkejut dengan tajuk berita itu. Saya langsung tidak menyentuh tentang cadangan kerajaan negeri mencadangkan Dr Mansor tetapi hanya bercakap Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dirinya sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) sehingga 31 Disember 2011, ” terangnya.

Cerita itu sengaja direka untuk memecahkan perpaduan yang nyata kukuh walaupun jawatan YDP Maipp menjadi kontrovesi setelah Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan daripada Barisan Nasional (BN).

Akhirnya jawatan YDP Maipp telah diselesaikan dengan penuh harmoni apabila bekas YDP Maipp lalu, Shabudin Yahya meletakkan jawatan pada bulan Januari lalu.

Beliau berharap semua berita yang disiarkan menepati kehendak lojik atau apa yang disebut bukan berlandaskan motif tertentu untuk melagakan seseorang.

“Buatlah berita yang benar jangan mencipta apa yang tidak disebut, mudah-mudahan tidak menimbulkan kontroversi yang baru, ” jelasnya.

Posted on April 22, 2010, in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. Baguslah mcm ni, bgtau awal2 sblm dgr cakap2 org yg x betul

  2. Assalamualaikum Tuan, betulkah yb Lim Guan Eng beri peruntukan untuk hal ehwal ugama Islam di Pulau Pinang sebanyak $M60juta?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: