Ugut Nik Aziz: PAS Pulau Pinang mahu ziarah keluarga Safuan

 oleh : Mohd Sabri Said   

 PULAU PINANG, 3 Mei: Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kini sedang berusaha mengesan kediaman seorang pemuda, Safuan Hilmi yang membuat ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui laman Facebook beliau.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas, Abdullah Saad menegaskan, kediaman Safuan terletak di Kampung Lahar Tabut, dan pemuda PAS mahu menziarah keluarganya bagi memaklumkan perbuatan itu kepada ibubapanya.

“Buat masa ini kita sedang mengesan rumahnya dan bila bertemu Insya Allah kita akan melakukan ziarah ke kediamanya untuk memaklumkan kenyataan bahaya Safuan.

“Kemungkinan besar keluarganya tidak mengetahui langsung bahawa anak mereka betindak begitu yang mungkin boleh membahayakan dirinya, ” tegas beliau.

Dalam pada itu, Pemuda PAS Pulau Pinang juga semalam membuat laporan polis berhubung perkara sama di Ibu Pejabat Polis Bandar Perda, Bukit Mertajam.

turut serta dalam laporan polis itu ialah Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Pulau Pinang Amir Ghazali dan Bendahari DAPSY Pulau Pinang, Steven Sim.

Selain mendesak siasatan segera dilakukan, mereka juga turut meminta Safuan agar berani tampil ke hadapan dan tidak menyembunyikan diri.

Posted on May 3, 2010, in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. satu langkah terbaik dilakukan oleh Dppk Kepala Batas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: