Kebebasan Bersuara : Sudut Pidato di Pulau Pinang

Pulau Pinang mengambil langkah pertama ke arah kebebasan bersuara dengan pelanacaran “Sudut Pidato” yang pertamanya di Esplanade, hari ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata rakyat di negeri itu perlu menggunakan peluang yang diberikan oleh kerajaan negeri secara bertanggung-jawab bagi meluahkan pandangan demokrasi mereka. Dengan kata lain, mereka masih tertakluk kepada undang-undang seperti Akta Hasutan dan Fitnah.

“Rakyat perlu beringat kerana menurut polis mereka tidak daapat memberi jaminan imuniti daripada undang-undang. Namun saya minta polis supaya mengunakan budi bicara dan membenarkan pandangan disuarakan dengan bebas.”

Lebih 100 orang, termasuk perwakilan pertubuhan awam hadir pada majlis yang bersejarah ini yang diadakan sempena bulan Kebebasan Media, Mei ini.

 

 Bagaimanapun, kebebasan bersuara itu hanya dibenarkan pada setiap Rabu dan Ahad dan waktunya pula terhad daripada jam 6 petang sehingga 10 malam sahaja.

Orang ramai juga tidak dibenarkan menggunakan megafon dan diingatkan bahawa polis akan bertindak ke atas mereka jika berbuat demikian.

Menurut Lim, kawasan itu juga boleh digunakan untuk berhimpun, menyalakan lilin, demonstrasi secara aman, sidang media ataupun sebarang bentuk meluahkan pandangan seseorang.

Posted on May 4, 2010, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: