Pemuda Pas ucap selamat berjaya kepada skuad Piala Thomas negara

Dewan Pemuda PAS berkata, dengan persediaan rapi, jurulatih berpengalaman dan kelengkapan latihan bertaraf dunia, tiada alasan untuk skuad badminton negara ‘berputih mata’ dalam saingan piala Thomas kali ini.

 

 

 

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh sendiri telah memberikan jaminan skuad negara bersedia sepenuhnya daripada segi fizikal dan mental.

“Ini memandangkan sudah terlalu lama rasanya piala itu terlepas dari tangan pasukan Malaysia yang mana kali terakhir (kita) memenanginya ialah pada tahun 1992, ketika itu kebetulan Malaysia menjadi tuan rumah,” katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nasrudin berkata pasukan negara – yang bakal berhadapan dengan tentangan sengit pasukan China, Indonesia, Korea Selatan dan Denmak – diharapkan bersungguh-sungguh demi memastikan piala yang diidamkan kembali ke dalam genggaman.

Katanya, kejayaan tersebut dapat membuktikan kepada dunia Malaysia ” berada dikelas yang sukar digugat pada peringkat antarabangsa”.

“Dewan Pemuda PAS juga mengharapkan agar seluruh rakyat warga Malaysia dapat memberi sokongan yang padu bagi membangkitkan semangat pemain-pemain negara yang bakal beraksi kelak,” kata Nasrudin.

Posted on May 10, 2010, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: