KENYATAAN AKHBAR

KENYATAAN AKHBAR

28 MEI 2010/ 14 JAMADIL AKHIR 1431

DEWAN PEMUDA PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) KAWASAN BAYAN BARU MENDESAK PENARIKAN SEMULA LESEN JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2010

Malaysia yang pernah dilabelkan sebagai negara Islam ‘tulen’ oleh kerajaan yang sedang memerintah sekali lagi mengemparkan dunia Islam dengan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 pada awal bulan Mei 2010 ini. Pemberian lesen tersebut telah diluluskan secara senyap, tersembunyi dan mencurigakan oleh Kementerian Kewangan kepada Ascot Sports yang dikuasai oleh kumpulan Berjaya milik Tan Sri Vincent Tan. Justifikasi yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek di dalam sidang parlimen baru-baru bahawa kelulusan lesen judi tersebut sebagai langkah membendung kegiatan judi haram yang dikhuatiri melanda sempena musim piala dunia yang bakal berlangsung.

Kumpulan Berjaya pula beralasan bahawa dengan adanya judi ‘halal’ yang diluluskan, ia akan  memberikan hasil cukai yang tinggi kepada kerajaan sehingga RM8 billion yang sebelum ini dikaut sindiket judi ‘haram’. Kedua-duanya adalah merupakan kenyataan yang dangkal serta tidak bermaruah memandangkan secara realitinya kesemua agama dan hukum sosial masyarakat berpendapat judi adalah haram dan keji dalam apa bentuk sekali pun. Ianya amat tepat memandangkan aktiviti perjudian sering mengundang pelbagai gelaja negatif termasuk ketagihan judi khasnya di kalangan muda belia negara yang setersunya meruntuhkan kerukunan keluarga dan masyarakat. Akhirnya, pihak syarikat perjudian yang akan mengaut keuntungan berlipat kali ganda dari hasil judi dan yang akan merana ialah kaki-kaki judi terlibat. Seandainya ini berterusan, kemungkinan selepas ini akan ada lagi judi sukan-sukan lain diluluskan lessen mereka bersandarkan alasan yang sama.

Maka dengan ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru menentang sekeras-kerasnya tindakan kerajaan meluluskan lesen judi tersebut dan menggesa supaya lesen judi tersebut ditarik balik dengan serta merta. Seterusnya, kami menuntut Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri najib Tun Razakyang juga seorang Islam meletakkan jawatan memandangkan lesen judi ini telah diluluskan semasa pemerintahan beliau. Ini kerana cadangan berhubung permohonan lesen judi ini telah pun lebih awal diajukan (Oktober 2004) oleh syarikat judi terbabit semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawinamun ianya telah ditolak oleh Perdana Menteri yang keempat itu. Maka jelaslah, Najib dan kerajaan pemerintahannya hari ini telah secara jelas mencemarkan kesucian agama Islam sebagai agama rasminegara ini seterusnya menjejaskan imej Malaysia selaku sebuah negara Islam yang turut menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) sejak sekian lama.

Yang Benar,

(DZUL FAHMI ABU BAKAR)

KETUA PEMUDA PAS,

KAWASAN BAYAN BARU,

Posted on May 29, 2010, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: