Orang-orang bukan Islam adalah Saudara Kita – Ust Nasa

Orang-orang Islam adalah saudara kita dalam seiman manakala orang-orang bukan Islam adalah saudara kita seinsan. Itulah kalimat yang menurut Ustaz Nasa apabila beliau diucapkan kepada komuniti Cina di Sibu, beliau telah diberikan Standing Ovation. Menurut beliau lagi sudah ada tendency di kalangan masyarakat Cina untuk menyokong perjuangan pakatan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan KOnvensyen Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang kali ke 4 bertempat di Dewan SunShine Square, Bayan Baru. Menurut beliau lagi pakatan rakyat perlu bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum yang diadakan seawal April tahun hadapan. Untuk itu segala persiapan pilihanraya perlu dibuat mulai dari sekarang. Pakatan rakyat termasuklah PAS sendiri perlulah menyelesaikan segala permasalahan kecil yang membelengu parti masing-masing demi untuk kita memberikan fokus kepada persiapan menghadapi PRU pada tahun hadapan.

Sementara itu konvensyen Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang ini telah dihadiri oleh 126 orang perwakilan dari 10 kawasan dan 3 dewan iaitu Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama’.

Pelbagai isu telah dibahaskan dengan panjang lebar dari setiap perwakilan dari setiap kawasan sebagai muhasabah kepada perjuangan PAS semasa era kemenangan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Sebanyak 15 resolusi telah digariskan oleh YB Dr Ustaz Mujahid Yusuf Rawa yang diberikan amanah sebagai pengerusi jawatankuasa resolusi berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan oleh perwakilan sepanjang konvensyen berlangsung.

Posted on June 7, 2010, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: