Tarik Balik Subsidi Orang Kaya, Jangan Kacau Subsidi Orang Miskin – DSAI

“Negara akan dapat menjimatkan sebanyak 21 bilion jika rasuah dapat dibenteras”, itulah di antara intipati ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap di Jamuan Makan Malam Pakatan Rakyat anjuran Dewan Pemuda PAS Jelutong bersama AMK Jelutong. Menurut beliau lagi kerajaan sepatutnya menghapuskan subsidi yang diberikan kepada orang-orang kaya dan kroni-kroni kerajaan sebelum mahu menghapuskan subsidi yang lain.

Kroni-kroni UMNO khususnya banyak membolot kekayaan negara dan kekayaan tersebut hanya berlegar di kalangan kroni-kroni tersebut. Beliau turut melahirkan rasa kagum beliau terhadap pemerintahan Lim Guan Eng kerana berjaya mentadbir Pulau Pinang dengan baik walaupun ditekan dengan begitu hebat oleh kerajaan persekutuan. Beliau tidak dapat berucap lama kerana perlu menghairi satu lagi ceramah di Bandar Baru Kulim. Ustaz Nasarudin Mat Isa yang hadir mewakili PAS telah meneruskan ucapan selepas itu.

Majlis juga diserikan lagi dengan penyampaian penghargaan kepada veteran-veteran PAS dan PKR yang telah bersama-sama dengan susah payah jatuh bangun perjuangan ini.

Dewan Pemuda PAS telah diwakili oleh Setiusaha DPPN Md Nor Harun, Ustaz Afnan Hamimi, Zamadi Omar dan beberapa orang lagi exco pemuda negeri dan kawasan yang hadir untuk memeriahkan majlis.

Posted on June 7, 2010, in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: