“PAS : Waspada dengan blog, luncai luar parti

dari blog : Al banjari Online
Malaysiakini cakap, dalam portal tajuk beritanya “PAS : Waspada dengan blog, luncai luar parti”. Ingatan yang bagus dari Presiden. Tak semua blog boleh dibaca khususnya blog penjilat kerajaan. Luncai memang leluasa diluar. Luncai moden tak terjun dengan buah ‘labu’, tapi luncai-luncai itu terjun dengan duit berkepuk-kepuk.

Terjun bersama labu, labu tidak tenggelam, hanya yang terjun itu tenggelam. Macam itu juga luncai moden yang terjun dengan duit, duit tak akan tenggelam. Jika tenggelam pun, tak lama mesti ada yang akan terjun pergi ‘timbul’kan balik duit itu.

Blog dan luncai jauh bezanya. Tetapi luncai dan blog boleh hidup sekali dalam 1 rumah. Kat bawah ni ada blog nama luncai. Tapi itu bukan blog yang Presiden PAS maksudkan. Tidak..!

Berucap dalam muktamar ke-56 parti itu di Pengkalan Chepa hari ini, Abdul Hadi juga mengingatkan anggota dan pemimpinnya tidak terpedaya dan…

“hanyut bersama luncai di luar parti yang berkeliaran dengan labu-labunya”.

Mungkin selepas ini akan terbit blog politik ambil nama LUNCAI. Agak-agak siapa si ‘luncai’ yang garang itu ? Kita tunggu..!

_____
[II]
Oleh Haris Zalkapli

Sejak blog dihypekan dengan berlebih-lebihan dalam lanskap politik tempatan, penulis-penulis blog boleh dilihat di mana-mana majlis politik. Di markas-markas pilihan raya, ketika sidang media dan masa-masa lain, para penulis blog menjadi sebahagian media, walaupun tidak melakukan tugas-tugas kewartawanan.

Dalam dunia yang menyaksikan berleluasanya pergantungan pada komputer dan peranti elektronik lain untuk membaca berita, tidak boleh dinafikan media baharu menjadi semakin penting.

Satu ciri utama blog dan sebahagian media di internet ialah kepantasan laporan. Dalam kewartawanan, selain laporan, analisis dan laporan mendalam penting untuk memberikan konteks, untuk menjelaskan lagi maksud dan implikasi tajuk-tajuk berita yang dilaporkan.

Sebahagian besar blog hanya mempunyai sisi laporan dan pendapat peribadi yang sering sangat peribadi dan tidak koheren, selain bahasa yang ada kalanya rendah. Berdasarkan pemerhatian saya, hanya ada sebilangan kecil blog yang boleh dirujuk untuk pendapat yang wajar dan profound.

Kerana itulah, blog tidak boleh ditangani lebih daripada yang sepatutnya, seperti yang dilakukan oleh banyak pihak termasuk PAS.

Memang terdapat banyak isu yang penting dikemukakan dalam blog, yang menuntut respons dan perhatian serius parti-parti politik, tetapi sukar untuk penulsi blog dilayan seperti sebahagian pertubuhan media.

Di banyak tempat di dunia, semakin ramai penulis blog mendapat media credential untuk menghadiri majlis-majlis parti sebagai sebahagian wartawan. Tetapi hal ini tertakluk kepada pertubuhan terbabit untuk memutuskan secara muktamad blog mana yang boleh diberikan credential.

Hal ini sangat penting kerana dalam keadaan paradox of plenty pada masa ini, jumlah blog, kualiti penulisan dan banyak lagi faktor menyumbang kepada kesukaran untuk memutuskan blog mana yang boleh diberikan credential.

Dalam menangani hal ini, pertubuhan seperti PAS perlu segera mengambil kira kehadiran dan kepentingan media baharu dengan serius, tanpa perlu terpesona dengan hype yang dikaitkan dengan golongan ini. (detikdaily)

Posted on June 12, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: