KACAU CERAMAH PR : ALI RUSTAM JATUHKAN MARTABAT SENDIRI DAN KEBUDAK-BUDAKKAN

Sumber : Blog DPPN Melaka

Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam jelas tidak belajar dari kesilapan lalu apabila mengulangi perangai lamanya mengacau ceramah PAS. Malam tadi, beliau dan kuncu-kuncu mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah PAS di perkarangan Pejabat PAS Bukit Baru Dalam. Perangai busuk ini pernah mereka lakukan semasa menjelangnya Pilihanraya Umum 2004 sehingga ceramah Tuan Guru Presiden PAS dikacau oleh Ali RUstam di Hamas, Jasin.

Ceramah PAS yang diaturkan sejak beberapa minggu lepas pada mulanya dikacau dengan tayangan slide perlawanan bolasepak Piala Dunia antara Jepun dan Paraguay. Mereka sengaja membesarkan ‘suara’ siaran langsung tersebut sehingga membingitkan telinga para hadirin yang mendengar ceramah.

Difahamkan program siaran langsung perlawanan bolasepak dan ceramah Umno/BN itu dianjurkan secara ad-hoc semata-mata untuk menganggu ceramah PAS. Tidak lama kemudian mereka menutup siaran langsung tersebut dan mula mengadakan ceramah bagi menganggu ceramah PAS.

Penceramah pertama di pihak PAS ialah ADUN DAP Ayer Keroh iaitu YB Khoo Poay Tiong. Manakala penceramah mereka ialah Gan Tian Loo, Pengerusi MCA Melaka. Dalam ceramahnya Khoo mencabar penceramah Umno supaya tampil untuk berdebat dengannnya di hadapan rakyat bagi menjelas pelbagai isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Selepas itu Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub menyampaikan ceramah beliau. Ketika ini Ketua Menteri Ali Rustam mula berceramah.
Suasana menjadi semangat panas apabila Mustafa membangkitkan isu siapa sebenarnya pengkhianat Melayu samada PR atau BN.

“Pengkhianat Melayu bukannya PKR, PAS hatta DAP tetapi Umno/BN lah pengkhianat sebenar”.

“Siapa yang menghancurkan Bahasa Melayu dengan dasar PPSMI, siapa yang mempermainkan agama dengan menghalalkan judi bola, siapa yang menggadaikan tanah KTM kepada Singapura”soal Mustafa.
Seterusnya YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS mengambil gilirannya sebagai penceramah terakhir PAS sementara Ali Rustam meneruskan ceramah beliau.
Salahuddin memulakan ceramahnya dengan mengungkit cerita rasuah yang melibatkan Ali Rustam.
“Semua orang tahu bahawa Ketua Menteri tuan-tuan telah disabitkan kesalahan rasuah oleh Jawatankuasa Disiplin Umno ketika bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan yang lalu”.

“Ali Rustam menggunakan duit untuk merasuah perwakilan bagi memenangi jawatan Timbalan Presiden, semua orang tahu” tegas Salahuddin.
Beliau turut membangkitkan pengkhianatan Najib dan kerajaan BN yang membelanjakan RM77 juta yang dibayarkan kepada Syarikat Yahudi APCO semata-mata untuk menaikkan imej Najib dan BN

“Wang sebanyak itu digunakan sebagai bayaran untuk Najib bagi mengajarnya cara-cara memilih baju untuk dipakai, tali leher warna apa untuk dipakai, cara senyum dan sebagainya”

“Kami Ahli-ahli Parlimen PR dan rakyat tidak akan menghalalkan wang kami satu sen pun untuk dibayar kepada APCO’ ujar Salahuddin.

Salahuddin juga turut mengajak rakyat mengutuk sikap kerajaan BN yang sanggup menggadaikan kepentingan dengan Negara dengan menyerahkan tanah KTM kepada Singapura dan lubuk minyak Blok L dan M kepada Berunai.

“Otak pemimpin BN macam bola cantik diluar kosong di dalam sebab itu mereka sanggup menggadaikan kepentingan dan kedaulatan Negara kepada negara luar”.
“Sama juga dengan otak Ketua Menteri tuan-tuan macam otak bola, kita ceramah dia ganggu” tambah Salahuddin.

Beliau mengajak Ali Rustam supaya berdebat dengannya secara ‘live’ dan disiarkan di dalam Televisyen bukannya bercakap dari jauh.

Ternyata perangai Ali Rustam dan kuncu-kuncunya ini benar-benar menjatuhkan martabat beliau dan tidak langsung melambangkan sikap matang dan professional seorang Ketua Menteri.

Malah dalam ceramahnya itu beliau sering bertanya kepada hadirin, apa yang diperkatakan oleh penceramah Pakatan Rakyat.

“Apa dia cakap, apa dia cakap” itulah yang sering diulangi oleh Ali dalam ceramahnya.
Salahuddin juga mempersoalkan kredibiliti Ketua Menteri kerana sering tergelak dan berceramah umpama seorang yang tidak waras dengan merapu.
“Macam ini ke seorang pemimpin dan Ketua Menteri, cakap sikit gelak cakap sikit gelak” soal Salahuddin.

Rata-rata orang ramai yang hadir pada ceramah malam tadi mengeleng-ngelengkan kepala dengan sikap kebudak-budakan Ketua Menteri dan Umno yang menjatuhkan martabatnya sendiri dengan menganggu ceramah PAS dan PR.

“Tak layak langsung jadi Ketua Menteri, macam budak-budak’ ujar Latip dari Bukit Baru.

“Umno dah menggelupur dan takut bayang-bayang sendiri, Ketua Menteri pun dah jadi budak-budak” kata Zizan dari Bachang.

Posted on June 30, 2010, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Tara tu saja la yang ada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: