MPSP Berjaya Catat Keuntungan

BUKIT MERTAJAM, 17 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bangga dengan pencapaian Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kerana berjaya meningkatkan pendapatan RM2.24 juta berbanding perbelanjaan defisit tahun 2009 sebanyak RM15 juta.

Ketika berucap di majlis pelancaran “Blue Print’ Tranformasi sempena Hari Majlis Ke-36 di perkarangan Bangunan MPSP Bandar Perda pagi tadi, beliau turut mengalu-alukan usaha MPSP untuk meningkatkan kecekapan pengurusan dan kualiti perkhidmatan dengan mengatur satu inisiatif tranformasi semata-mata untuk memenuhi New Expectations Of The Public.

“Bagi pihak kerajaan negeri peningkatan MPSP satu yang membanggakan. Di mana setakat 31 Disember 2009, jumlah keseluruhan pendapatan adalah sebanyak RM152.65 juta iaitu peningkatan 4.5 peratus manakala anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM150.81 juta iaitu peningkatan 5.12 peratus,” jelasnya.

Namun begitu, katanya kekangan kewangan masih ketara di MPSP, maka sebab itu kerajaan negeri menghulurkan pinjaman RM10 juta kepada MPSP yang menghadapi kerugian besar selepas kehilangan RM230 juta dalam tujuh tahun.

Katanya, pinjamam RM10 juta itu bertujuan membeli lima buah lori sampah yang berharga RM1.3 juta, membeli lima buah lagi lori sampah dalam masa terdekat, sebuah ‘tow truck’, dua buah kenderaan ‘special multi purpose’ seumpama kereta bomba, sebuah sky lif dan sebuah kenderaan ‘high pressure jet’ untuk mencuci longkang dan parit.

Segala usaha tranformasi itu, ujarnya sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan Pulau Pinang bertaraf ‘international state’ dengan misi 3P iaitu Perkasakan Rakyat, Perkuasakan Rakyat dan Perkayakan Rakyat.

Menurutnya, memandangkan usaha sedang mengerakan kebersihan dan menghijaukan Pulau Pinang, maka menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk rakyat untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam semua program yang dianjurkan.

“Rakyat juga tidak boleh lepas tangan usaha kebersihan dan menghijaukan Pulau Pinang sebaliknya kena mengambil bahagian membantu inisiatif MPSP,” tegas beliau.

Beliau menambah, cara yang paling mudah, rakyat jangan menggunakan ‘polystyrene’ sebagai bekas makanan sekaligus mengurangkan penggunaan beg plastik serta tidakmembuang sampah merata-rata sehingga menjadikan parit dan longkang tersumbat dan menyebabkan banjir kilat.

Pada sambutan itu, berbagai program diadakan termasuk perasmian pasukan baru MPSP, anugerah sijil kepada gerai indah dan persembahan.

Posted on July 19, 2010, in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: