Peruntukan Sekolah Agama Ditambah – Guan Eng

PERMATANG PAUH, 29 Julai: Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat telah menyediakan peruntukan sebanyak 20 juta untuk sekolah agama di Pulau Pinang semasa tahun 2008 dan 24 juta pada tahun 2009. Ini berbeza dengan kerajaan BN di bawah Tan Sri Koh Tsu Koon yang hanya memperuntukkan 12.5 juta untuk sekolah agama di Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian pada ceramah perdana Siapa Curi Pasir anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang di Kubang Semang. Turut bersama beliau dalam ceramah pada malam ini adalah YB Salleh Man, ADUN Permatang Pasir dan Muhammad Sabu.

Seramai 3000 orang telah membanjiri Dataran An Nahdoh Inn untuk menyaksikan ceramah pada malam ini.

Lim Guan Eng juga berkata masalah yang ditinggalkan oleh UMNO selama 50 tahun tidak boleh selesai dalam masa 5 minit. Sebagai contoh projek pembangunan di Tanjung Tokong adalah di bawah UDA Holdings (agensi kerajaan persekutuan), maka apabila terjadinya pengambilan tanah milik penduduk di kawasan berkenaan sepatutnya kerajaan persekutuan memainkan peranan dan tidak semata-mata menyalahkan kerajaan negeri.

Beliau meminta supaya rakyat memberikan masa kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah-masalah yang telah dicetuskan dari era pentadbiran Barisan Nasional satu ketika dahulu.

Dalam menyentuh isu kecurian pasir di Balik Pulau, beliau berkata tanah tersebut adalah milik kerajaan persekutuan dan kecurian tersebut telah lama berlaku sejak 2002, tetapi sehingga sekarang kerajaan persekutuan tidak mengambil apa-apa langkah pencegahan untuk membendung kecurian pasir di kawasan tersebut.

Turut memberikan ucapan pada awal ceramah malam ini adalah Saudara Mohd Helmi Harun, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang mewakili Ustaz Yusni Mat Piah yang masih berada di Mesir bersama-sama Ustaz Nasrudin Tantawi.

Posted on July 29, 2010, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: