Bayan Lepas : Paip najis bocor susahkan pengguna jalan raya

Dari blog Iszuree Ibrahim, Ahli Majlis MPPP : http://pasahlimajlismppp.blogspot.com/2010/04/paip-najis-bocor-susahkan-pengguna.html

SUNGAI ARA – Penduduk taman perumahan di Persiaran Kelicap runsing kerana tangki saluran najis yang pecah berhampiran jalan utama mengakibatkan kawasan tempat tinggal mereka berbau busuk. Salah seorang penduduk, Abu Bakar Mohamad berkata masalah tersebut telah berlaku sejak tiga minggu lalu dan mendatangkan kesulitan kepada  banyak pihak.

“ Tangki saluran najis yang pecah itu mengakibatkan air kumbahan melimpah ke tengah jalan. Airnya bertakung di tengah – tengah jalan dan meyukarkan kenderaan lalu – lalang. Masalah ini telah lama berlarutan dan wajar ditangani dengan segera,” katanya. Beliau yang telah tinggal di taman perumahan tersebut sejak sepuluh tahun yang lalu berkata situasi tersebut menyusahkan pengguna jalan raya  setiap hari.

“ Kebanyakan kenderaan yang melaluinya akan memperlahankan kereta sekiranya menyedari keadaan jalan yang bertakung. Namun, kebanyakannya memandu dengan laju dan mengakibatkan air najis tersebut terpercik kepada penunggang motosikal. Penduduk di sini juga selalu menunggang motosikal untuk ke masjid namun seringkali berpatah balik apabila pakaian mereka terpercik air najis tersebut,” katanya.

Beliau berkata, banyak kenderaan masih melalui jalan tersebut dengan laju walaupun papan tanda sementara telah dipasang.

“ Ada penduduk yang mengambil keputusan untuk meletakkan papan tanda sementara bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya namun masalah lain pula yang timbul. Jalan tar di dalam kawasan perumahan kami kini menjadi laluan utama kenderaan untuk ke Bayan Lepas mahupun ke Sungai Ara. Ini mengakibatkan jalan di hadapan rumah saya pula menjadi sesak terutamanya pada waktu pagi dan petang,” katanya.
Beliau mendakwa rakannya telah mengadukan perkara tersebut kepada pihak Indah Water Konsortium ( IWK ) mengenai masalah tersebut agar dapat  ditangani.

“ Jawapan yang diterima amat menyedihkan. Pihak IWK member alasan bahawa ketiadaan kontraktor yang bersesuaian untuk membaiki saluran tersebut yang dipercayai bakal menelan kos penyelenggaraan yang tinggi. Kami para penduduk amat kecewa dengan jawapan mereka yang tidak profesional,” katanya.

Abu Bakar turut berkata kejadian tersebut bukan kali pertama berlaku.

“ Sebelum ini, ianya berjaya diselesaikan naum pada kali ini, berulang kembali dan kerosakannya semakin teruk. Pihak Indah Water ada menebuk konkrit longkang bagi memudahkan pengaliran air najis ke terus ke dalam longkang namun ianya mengakibatkan bau  busuk. Selian itu, saya khuatir penduduk di sini akan dijangkiti penyakit kerana menghidu bau air najis ini setiap hari,” katanya.

Dalam pada itu, Harnani Hassan berkata, beliau akan mengunjungi ibunya yang tinggal di kawasan perumahan tersebut setiap hujung minggu.

“ Selain dari masalah jalan yang dibanjiri dengan air najis, jalan kawasan perumahan ini juga semakin sibuk dengan kenderaan yang lalu –lalang. Mereka menggunakannya sebagai jalan alternatif untuk mengelakkan dari melalui jalan kotor tersebut. Keadaan ini membahayakan kanak – kanak yang selalu bermain di hadapan rumah terutamanya pada waktu petang,” katanya.

 Salah seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, beliau telah melaporkan perkara tersebut kepada pembantu khas kepada Ahli Dewan Undangan  Negeri ( ADUN ) Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim, Ahmad Azrizal Tahir baru – baru ini.

“ Saya berharap perkara ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya. Jalan tersebut merupakan jalan utama bukan sahaja untuk penduduk di sini, malah buat kegunaan semua. Kerjasama amat diperlukan untuk menangani masalah ini dan kami berharap ianya akan cepat diselesaikan demi kebaikan semua pihak,” katanya.

Eksekutif Khidmat Pelanggan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd., Chong Kam Lai ketika dihubungi berkata pihaknya maklum mengenai hal tersebut dan telah mengambil tindakan.

“ Saluran utama kumbahan tersebut bocor dan menyebabkan air melimpahi jalan. Ianya bocor disebabkan saluran najis itu kecil dan tidak mampu menampung saliran air yang laju. Apa yang mampu pihak kami lakukan ialah dengan melakukan ‘bypass’ agar air tersebut akan mengalir ke dalam longkang,” katanya. Beliau turut berkata bahawa pihak IWK tidak dapat membaiki kerosakan tersebut disebabkabn ketiadaan kontraktor. “ Ketiadaan kontraktor menyukarkan kami untuk membaikinya, tambahan pula kos membaikpulih menelan kos yang tinggi. Kami akan mencuba – sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh para penduduk dan pengguna jalan raya,” katanya.

Ahmad Azrizal pula berkata beliau telah melaporkan perkara tersebut ke Jabatan Kerja Raya ( JKR ).

“ Pihak JKR memaklumkan bahawa tiada bantuan yang dapat disalurkan kerana masalah tersebut bukan berada di bawah bidang kuasa mereka. Saya akan menghubungi IWK sekali lagi untuk mendapatkan penjelasan terperinci mengenai masalah tersebut. Jalan penyelesaian akan dicari kerana ianya telah lama berlarutan.” katanya.

Ini adalah laporan kali pertama di mana tiada apa – apa tindakan yang diambil sehinggalah ada pihak yang meletakkan guni pasir sebagai penghadang untuk mengelakkan air kumbahan melimpah ke atas jalan.Air mula berkurangan namun akan melimpah setiap kali hujan lebat.Sehingga kini bau busuk masih lagi mengganggu pengguna jalan raya yang memalui jalan tersebut untuk ke Bayan Lepas dan Sungai Ara.

(Laporan ini di e-mel kepada saya oleh wartawan Sinar Harian SITI MAS ERAH pada 18/4/2010 1pm)

Posted on August 12, 2010, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: