Pemuda PAS Penang Bersedia Menghadapi Pilihanraya

Retreat Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang telah diadakan pada 20 -22 Ogos 2010 yang lalu. Program diadakan khusus untuk menyiapkan pemuda pas di Pulau Pinang untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Program ini yang telah diadakan di Sedim Eco Theme Park Resort, Kulim Kedah telah dihadiri lebih 30 orang exco pemuda negeri serta ahli jawatankuasa pemuda kawasan.

Program juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Guru Baba Saudi dari Petani yang memberikan taujihad kepada para peserta . Beliau memberikan peringatan kepada para pemuda tentang peri pentingnya semangat jihad ditiupkan di dalam jiwa setiap anak-anak muda yang berada dalam gerakan Islam.

Setiap kawasan yang bertanding telah membentangkan master plan perancangan pilihanraya untuk kesemua kerusi DUN dan Parlimen yang akan ditandingi pada PRU ke 13. Perancangan tersebut telah diikuti dengan sesi brainstorming di kalangan peserta yang hadir untuk menambaik perancangan setiap kawasan.

Ustaz Yusni Mat Piah dal;am ucapan penutupnya telah mengingatkan para pemuda bahawa kita semua hadir kerana telah dipilih oleh Allah. Setiap ahli pemuda perlu merealisasikan segala perancangan yang telah dibuat sepanjang program ini. Beliau juga berkata bahawa kita semua akan kembali kepada Allah, ambil peluang untuk mendapatkan keredhaan Allah di dunia ini dengan kita berintima’ dalam perjuangan ini.

Program diakhiri pada jam 1.20 tengahari dengan doa wehdah dan salam semut di antara para peserta.

Posted on August 23, 2010, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: