Bazar Ramadhan: Ke mana Perkasa, media Umno apabila DBKL tindas peniaga Melayu?

NAiB Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoal langkah berdiam diri media-media arus perdana kerana tidak melaporkan aksi protes segelintir peniaga kecil Melayu di ibu negara.

Dilaporkan, Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu (PPPKM) Wilayah Persekutuan hari ini bertindak protes ke atas Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) gara-gara tidak berpuas hati dengan agihan tapak bazar Ramadhan di sekitar Jalan Masjid India.

“Kalau dulu, media-media ini menggambarkan yang Ketua Menteri (Lim Guan Eng) pinggir peniaga-peniaga Melayu Pulau Pinang dari berniaga di Komtar, kenapa diam dalam isu protes peniaga Melayu hari ini,” soalnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, jangan disebabkan insiden protes tersebut berlaku di negeri yang diperintah Umno BN, maka media-media propaganda di bawah pentadbiran Najib sanggup menenggelapkan isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat, iaitu orang-orang Melayu sendiri.

Sambil menganggap langkah berdiam diri media arus perdana sebagai usaha memperbodoh orang-orang Melayu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat berkata, ianya menyerlahkan sifat munafik Umno dalam memperjuangkan kepentingan Melayu.

Mewakili PAS, beliau menyuarakan sokongan kepada PPPKM kerana berani mempertikai kaedah agihan gerai-gerai bazar Ramadhan yang mungkin berpunca oleh amalan kronisme dan rasuah.

“Sepatutnya diagihkan pada ahli-ahli persatuan terbabit tetapi nampaknya DBKL beri pada syarikat-syarikat besar yang mungkin sebab kroni atau rasuah,” ujarnya lagi.

Beliau turut Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno) melampau kerana sanggup berputeh mata membiarkan DBKL menafikan hak Orang Kurang Upaya (OKU) dari mendapat 20 tapak yang sepatutnya dikhaskan pada golongan istimewa.

Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat kian celik dengan motif politik perkauman Umno BN belakangan ini, iaitu demi menutup kezaliman mereka ke atas rakyat.

Kelmarin, Yang Dipertua PPPKM, Bahrim A. Razak dilaporkan mendakwa sebanyak 109 tapak perniagaan sepatutnya diperuntukan pada peniaga-peniaga Melayu.

Manakala, DBKL pula dilaporkan meluluskan hanya 380 tapak perniagaan dari 580 tapak perniagaan keseluruhannya sempena musim Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini.

Lanjutan itu, mereka yang terbabit bertindak menghantar suatu memorandum protes kepada Datuk Seri Najin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden Umno. -END

Posted on September 4, 2010, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: