Hapus semua gangster, bukan India sahaja

Gambar Hiasan, sumber : Google Image

KUALA LUMPUR, 21 Sept: PAS mahu pihak polis menumpukan usaha membanteras gangsterisme secara menyeluruh dan bukannya tertumpu pada kaum India sahaja seperti yang dipinta oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, jika pihak polis mengikut kehendak emosi Murugiah, masalah gangsterisme tidak akan selesai kerana ia bukan wujud kalangan kaum India sahaja.

“Kenyataan Murugiah dengan sendiri memberikan gambaran buruk tentang masyarakat India dan ini tidak sewajarnya dilakukan oleh beliau sebagai seorang menteri,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, gejala gangsterisme ini harus dihapuskan hingga ke akar umbi termasuk kalangan VIP dan ahli politik yang melindungi mereka.

Kumpulan gangster, katanya ada di mana-mana dalam negara kita termasuk dalam pilihan raya seperti serangan yang berlaku ke atas Markas Pemuda PAS ketika Pilihanr Raya Kecil Bagan Pinang.

Menurutnya, beberapa kawasan di Lembah Klang dikenali oleh masyarakat umum sebagai kawasan gangster seperti di Chow Kit, Jalan Pasar dan Jalan San Peng, Jalan Petaling dan Brickfield di Kuala Lumpur manakala di Selangor, kawasan Puchong dan Klang cukup ditakuti kerana menjadi sarang gangster dan ah long.

“Pemantauan dan siasatan terperinci untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan ini yang sebahagiannya terlibat dengan jenayah berat termasuk membunuh, menculik, menyiksa dan menyerang mangsa mereka,” ujarnya.

Justeru, katanya PAS berharap agar pihak polis dapat menjalankan tugas mereka dengan jujur dan tidak terbabit sama dalam memberikan perlindungan atau bersubahat dengan kumpulan gangster.

PAS, tambahnya mahu satu jaminan daripada pihak polis tentang keselamatan rakyat keseluruhannya.

Beliau berkata, negara ini sudah cukup terkenal sebagai negara transit dadah, pemerdagangan orang dan juga penyeludupan barang serta penjenayah dan amat merisaukan jika dalam negra sendiri gangterisma dibiarkan berleluasa.

“Hapuskan mereka tanpa mengira gangster India, Cina atau Melayu kerana tiada bangsa dan agama yang membenarkan kewujudan kumpulan samseng dalam komuniti mereka,” tegasnya.

Posted on September 21, 2010, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: