Isu Wang Ehsan: UMNO Meludah ke Langit

JELUTONG- UMNO dinasihatkan supaya tidak meludah ke langit yang akhirnya akan jatuh ke muka sendiri berhubung tuduhan bahawa wang yang diberikan kepada penduduk miskin di Pulau Pinang adalah daripada hasil judi.

Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamarudin berkata, UMNO sepatutnya menyedari kekurangan diri yang setelah 51 tahun menguasai Pulau Pinang, mereka dilihat gagal menjaga dan menghargai warga emas di negeri itu.

“Sudahlah gagal menjalankan amanah rakyat dengan baik, mereka juga terus menerus membebankan rakyat dengan palbagai cukai dan kos kehidupan yang tinggi. Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng melaksanakan satu program yang tidak pernah difikirkan UMNO, ianya seolah-olah memberi satu tamparan hebat kepada mereka.

“Mereka sedar dengan pelbagai program yang dilaksanakan PR akan menguburkan impian mereka untuk merampas semula Pulau Pinang. Oleh itu, mereka terus mencari jalan menfitnah dan mengelirukan rakyat negeri ini terutama orang Melayu agar terus membenci PR,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah mendapat penjelasan daripada Exco Alam Sekitar, Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh bahawa Kerajaan Negeri masih menyimpan RM2.4 juta wang peruntukan untuk Rakan Anti Kemiskinan (RAK) tanpa menggangu peruntukan untuk Program Penghargaan Warga Emas.

“Perkara itu turut diperkuatkan dengan penjelasan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus yang mengatakan wang sumbangan RM2 juta dari Penang Turf Club itu tidak akan disalurkan kepada umat Islam dalam program RAK.

“Oleh itu, PKR Cabang Jelutong mencabar UMNO mendedahkan dengan cara apa Kerajaan Pusat membelanjakan wang hasil kutipan cukai judi daripada Magnum, Sports Toto, minuman keras, kasino dan sebagainya,” katanya.

Khairil berkata, rakyat jangan terpedaya dan terpengaruh dengan fitnah yang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Posted on October 4, 2010, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: