Futsal Piala Ketua Dewan Pemuda PAS Penang Meriah

Pasukan Ukhwah dan Arena bergambar sebelum perlawanan akhir

Sebanyak 48 pasukan telah menyertai Futsal Piala Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau PInang yang telah diadakan pada 24 Oktober lepas di Safira Futsal. Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Yusni Mat Piah yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang. Ust Yusni dalam ucapannya meminta para pemuda yang hadir semua untuk melihat Islam yang dibawa oleh Rasullullah S.A.W.  Rasullullah menyarankan agar umatnya memiliki tubuh badan yang sihat. Baginda juga meminta umatnya untuk mengajarkan anak-anak berenang, memanah dan berkuda.

Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Pasukan Ukhwah yang berjaya menggondol RM1000. Pasukan Ukhwah mengalahkan pasukan Arena dengan jaringan 1-0 pada perlawanan akhir. Tempat ketiga dan keempat telah dikongsi oleh Elestico FC dan 4th sekapur sireh.

Setiap pemain dalam pasukan yang menang juga menerima senaskah tafsir Al-Quran. Para peserta juga telah menunaikan solat Zuhur secara berjamaah di tengah-tengah gelanggang utama. Tazkirah Zuhur pula telah disampaikan oleh Ustaz Raduan Ramli yang juga merupakan Ketua Lujnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

Selaung tahniah kepada Mohd Fahmi yang juga merupakan pengerusi DACS Penang dan ajk-ajk yang terlibat di atas kecemerlangan penganjuran pertandingan futsal ini.

Bergambar sebelum final

Tenaga penting di sebalik tabir

Ust Yusni merasmikan kejohanan

Setiap pemenang diberikan senaskah Tafsir Al Quran

Pemenang tempat pertama

Para pemain sedang mendengar kuliah Zuhur

Posted on October 24, 2010, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: