Kenyataan Akhbar Dewan Pemuda PAS Balik Pulau

Assalamualaikum,

Tarikh report : 25/11/2010
Masa : 5.30petang
Tempat : IPD Barat Daya, Balik Pulau

Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau (DPPKBP) telah membuat satu laporan polis di IPD Barat Daya, Balik Pulau berhubung 7 banner yang dinaikkan disekitar kawasan Balik Pulau telah memfitnah Pemuda PAS berkaitan Isu Wang Judi, Lesan Rumah Urut dan Pusat Hiburan Awam.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau bersama PAS Kawasan serta ahli PAS kawasan Balik Pulau (seramai 50 orang ) berkumpul di IPD Barat Daya bagi menyatakan bantahan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab menaikkan baner memfitnah Pemuda PAS mengeluarkan banner sedangkan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau dan Pemuda PAS Negeri tidak pernah mengeluarkan banner tersebut.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau;
Ust Nazarudin Awang Hamat memberi amaran keras kepada mereka yang mengeluarkan banner ini dan memasang disekitar kawasan Balik Pulau. Tindakan mereka ini boleh mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman masyarakat.

Pemuda PAS Kawasan  Balik Pulau memohon masyarakat di Balik Pulau tidak terpengaruh dan mempercayai dengan provokasi yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau melihat kekuatan yang ada pada PAS dan Pakatan Rakyat membuatkan sesetengah pihak tidak senang dengan program-program yang telah d jalankn dan sokongan masyarakat terhadap PAS, baru-baru ini dalam sambutan 1 Dekad Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau, sebuah cawangan PAS yg baru telah berjaya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Yang benar,
Ustaz Mohd Nazarudin b Awang Hamat
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau
019-597 0642

 
  
Terima kasih.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang.

Tel : 04-866 9009
Fax : 04-866 9009

Posted on November 26, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: