Konvensyen Pakatan Rakyat Akan Bincang Persiapan Pilihan Raya Umum

PETALING JAYA: Konvensyen pakatan PKR-DAP-PAS 2010 yang akan diadakan di Pulau Pinang 19 Disember ini, antara lain akan membincangkan persiapan pilihan raya umum ke 13, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berkata ketiga-tiga parti itu akan turut membincangkan strategi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Malah pengarah pilihan raya ketiga-tiga parti itu telah mengadakan perjumpaan dan rangka umum bagi menghadapinya.

 “Tapi untuk memperincikan isu pembahagian kerusi itu (perbincangan) akan diadakan kemudian (selepas konvensyen),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Sabtu. Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Lim Kit Siang.

Anwar berkata konvensyen kali ini akan membincangkan isu Perlembagaan, Islam serta isu-isu dasar yang menyentuh pendidikan dan ekonomi.- BERNAMA

Posted on December 11, 2010, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: