Konvensyen PR fokus solidariti, PRU-13

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Berbaki lapan hari lagi, persiapan Konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember ini telah masuk fasa akhir dengan hampir 80 peratus persiapan telah disempurnakan.

Dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pengisian dan Jawatankuasa Penganjuran dan Pengelolaan sedang giat melaksanakan tugas-tugas akhir menjelang raptai penuh sehari sebelum program bermula.

Menurut Pengerusi JK Penganjuran, Dr. Mujahid Yusof, konvensyen kali ini mensasarkan tiga matlamat besar yang mahu dicapai Pakatan Rakyat.

Pertama, mengukuhkan solidariti parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS-PKR-DAP.

Kedua, mempamerkan keupayaan Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat negara ini melalui kejayaan yang telah ditunjukkan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Dan ketiga, membincangkan persiapan Pakatan Rakyat berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut Mac atau April tahun hadapan.

“Kita mahu menawarkan satu polisi kepada rakyat tentang keupayaan Pakatan Rakyat khususnya sebagai parti yang mampu menggantikan BN memerintah negara,” katanya kepada Harakahdaily.

Disamping itu, konvensyen kali ini juga katanya akan cuba melihat persepsi yang wujud dikalangan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat akibat eksploitasi media Umno BN.

Bagaimanapun ujarnya, perkara itu akan dilihat secara umum atas kapasiti Pakatan Rakyat dan bukan kepada parti-parti komponen PAS-PKR-DAP secara khusus.

Beliau percaya, permasalahan dalaman parti-parti komponen boleh diselesaikan kepimpinan parti masing-masing dan tidak menjejaskan Pakatan Rakyat.

“Permasalahan dalam setiap parti itu perkara biasa, dan ia sebahagian dinamika politik bagi membentuk kematangan sesebuah parti.

“Apa yang belaku tidak menjejaskan parti pun, namun lebih malang apabila permasalah kecil ini dieksploitasi oleh media yang ditunggang Umno sehingga memburukkan keadaan,” katanya.

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ini bakal menyaksikan seluruh kepimpinan utama PAS, PKR dan DAP berkampung bagi memberi nafas baru kepada penerusan perjuangan Pakatan Rakyat.

Bukan setakat penyokong Pakatan Rakyat, malah seluruh rakyat termasuk pemerhati politik luar dan dalam negara sedang menanti apakah ‘benda baru’ yang akan dihasilkan konvensyen tersebut.

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat juga akan memperkenalkan slogan terbarunya, ‘Ubah Sekarang!’ yang akan dilancarkan pada konvensyen akan datang.

Selain konvensyen, beberapa program selingan turut dirancang bermula sehari sebelum konvensyen sehingga malam selepas selesai konvensyen.

Sekurang-kurangnya tiga ceramah besar dijadual akan diadakan masing-masing di Balik Pulau dan Seberang Perai Selatan, menampilkan kepimpinan utama ketiga-tiga parti.

Kesempatan pemukiman itu juga, kuliah-kuliah Maghrib di surau dan Masjid sekitar akan disampaikan pemimpin utama PAS dan PKR selain program kebajikan lain oleh DAP.

Manakala kemuncak program adalah pada sebelam malam 19 Disember, iaitu majlis Pidato Perdana oleh Presiden PAS, PKR dan DAP dan penggulungan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim-Harakahdaily

Posted on December 11, 2010, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: